* POST POST LAIN *

Thursday, September 27, 2018

.: Rendang Pedas Ikan Tongkol a.k.a. Ikan Kayu :.

Bismillahirrahmanirrahim.. :)
Assalamualaikum

Sapa pernah makan rendang pedas ikan tongkol a.k.a. ikan kayu ni? Angkat tangan..hehe
Selalu kita biasa dengar rendang ayam, rendang daging, rendang kerang dan seangkatannya lah..tp jarang nak dengar pasal rendang ikan kan..?

Okey, untuk hari ini Ifa nak kenalkan dengan rendang pedas ikan pulak..sesekali ubah selera kan..rendang pedas ikan tongkol ni kalau orang Perak tu dah tau sangat, memang feveret laaa..

Jom check apa bahan-bahan yang diperlukan utk resipi rendang pedas ikan tongkol Perak style ni..Wahhhh, kau! Takdelah style sangat tp klu rendang tu kan ada macam-macam..versi utara la, pantai timur la..Sabah Sarawak pun ada cara masing-masing.. 

************


Rendang Pedas Ikan Tongkol

Bahan-bahan:

Seekor ikan tongkol (potong ikut saiz yg disukai dan bersihkan)
1 cawan pati santan
1 cawan air (klu nak berkuah, lebihkan sedikit)
Daun kunyit (hiris halus)
Kerisik
Asam gelugur
Gula melaka
Garam
Sedikit minyak utk tumis

Bahan untuk dikisar:
5 ulas bawang besar (nak lebih pun boleh)
Lengkuas
Halia
3 batang serai (hiris supaya mudah dikisar)
Kunyit hidup
15 tangkai cabai kering (nak pedas boleh lebihkan)
8 biji cili api

Cara memasak:

Ifa goreng dulu ikan tongkol tu separuh masak..(ni cara Ifa, klu taknak goreng pun takde masalah)

* Panaskan minyak dengan api sederhana, setelah itu tumiskan bahan kisar sehingga naik bau..
(Ohh, klu ikan tu tak goreng dulu, masukkan sekali bersama bahan-bahan kisar ye)

* Kemudian masukkan santan dan kerisik, biarkan sampai pecah minyak..(rajin-rajinkan tangan kacau, bukan apa takut hangus plak..nanti lain rasanya..hehe)

* Bila dah pecah minyak, bolehlah masukkan air, asam keping dan perasakan dengan garam dan gula.

* Akhir sekali masukkan ikan yg siap digoreng separuh masak tadi..taburkan daun kunyit..siap!

Tips:
Untuk nikmati rendang yang enak, pastikan rasa manis tidak mengatasi rasa masin ye..sbb itulah Ifa suka gunakan gula melaka.. rendang yang sedap mesti seimbang rasa masin, pedas, lemaknya..tp jangan terlebih masam pulak ye (habis potong semua rasa)

Wahhh, rendang ikan tongkol dah siap..bolehlah menjamu selera. Kalau kena gayanya ni mau bertambah nasi..hehe

Sejujurnya Ifa ni bukanlah pandai memasak pun..tp suka mencuba dan mengolah sedikit dari resipi asal..andai ada yang terkurang Ifa mohon maaf sebelumnya ye..nak terangkan lebih mendalam pun tak pandai, yg ada ni sekadar perkongsian ikhlas dari Ifa

Selamat Mencuba!



Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Sunday, May 13, 2018

.: Parut Chicken Pox Semakin Pudar Dan Menghilang :.

 Bismillahirrahmanirrahim
Assalamulaikum

Hai semua, hari ni ifa nak share kisah seorg sahabat baik ifa yang 'diserang' chicken pox pada usia 30-an..memang terasa sgt azabnya ๐Ÿ˜

Bila dah kena chicken pox tu mestilah tinggalkan parut kan..parut tu plak klu cantik takpe lah jugak..ini boleh mencacatkan anggota² badan, lebih² lagi klu kat muka kan..hilang terus keyakinan diri..


[PARUT CHICKEN POX SEMAKIN PUDAR SELEPAS KONSISTEN AMALKAN SET CHICKEN POX SHAKLEE]

Nama Saya Nor Hawana Binti Mohd Tahir. Berumur 35 tahun. Bekerja sebagai Pembantu Pustakawan.

Pada bulan Oktober 2017, Saya telah dijangkiti virus Chicken Pox. Bayangkanlah bila kena Chicken Pox diusia yang makin sangat dewasanya ni, tahap sakitnya tu berbeza dengan kanak-kanak.

Buat pengetahuan semua, Saya tak pernah kena Chicken Pox ni. Kalau kena pun demam campak. Tapi masa tu waktu bayi. Lebih kepada ruam halus lah.

Mula kejadiannya, anak sulong yang kena. Berjangkit dari kawan di sekolah. Kemudian berjangkit pula pada anak bongsu. Dan akhir sekali tentulah si ibunnya.

Ada bintik merah keluar. Ingatkan Saya kebal takda lah berjangkit rupanya kena jugak. Nasib badan! ๐Ÿ˜… . Saya demam sebab chicken pox ni naik di muka, kepala dan badan.

Dalam mulut pun ada juga. Mungkin sebab terlalu panas. ๐Ÿ˜‚ Teruk sangat menahan sakitnya. Nak buat apa pun tak larat masa tu. Saya sampai menangis la gara-gara Chicken pox ni.๐Ÿ˜…

Saya adalah pergi klinik untuk ambil cuti sakit dan doktor bagi ubat sapu dan ubat demam. Dalam masa yang sama Saya telah mengambil vitamin set lengkap untuk Chicken Pox ni.

Antara vitamin yang Saya ambil adalah Nutriferon, Vitamin C, Garlic, B Complex dan Esp. Saya juga gunakan krim Herbal blend sebagai sapuan dan basic H sebagai mandian.

Vitamin C, Nutriferon dan Garlic tu memang Saya ambik untuk tingkatkan imun badan Saya. Esp tu Saya bancuh sejuk-sejuk plain je sebab nak makan takde selera. Tu yang ambik Esp untuk lapik perut dan Esp ni pula protein jadi bagus untuk kulit berparut juga.

Dalam masa seminggu bengkak dimuka surut, kuping-kuping Chicken Pox tu pun makin kering. Syukur sangat.

Alhamdulillah, akhirnya parut Chicken pox pun makin nipis. Pada mereka yang mengalami Chicken pox di usia macam Saya ni, elok sangatlah amalkan vitamin lengkap tau.

Apapun, Syukur pada Allah SWT yang memberikan kesembuhan pada Saya.
Moga kisah Saya dapat memberi manfaat buat semua!

Terima kasih Shaklee. Terima kasih Supermom Shaklee StorY.

***************
Sesiapa yg mempunyai masalah seperti ini boleh try set chicken pox shaklee ini..bonus yang akan anda dapat selain hilang parut adalah kulit makin cantik, sihat dan bermaya.

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi Ifa di 

๐Ÿ“ฒ 017.5987245
FB: Ifa Omar
IG: shakleepangkor_ifa


Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Sunday, May 21, 2017

.:: Tanda-tanda Kolesterol Tinggi Dalam Badan ::.

 Bismillah.. :)
Assalamualaikum

Zaman sekarang, gemuk atau kurus, tua atau muda bukan ukuran untuk kita jadikan alasan badan kita tidak disinggahi kolesterol. Sebenarnya kolesterol juga memang diperlukan oleh badan. Tetapi kita cuma perlukan kolesterol yang baik, yang jahat tu kena kasi 'kick' dari badan..

Mesti semua nak tau kan adakah badan kita mengalami kolesterol yang tinggi atau tidak. Tanda-tanda kolesterol tinggi dalam badan ni secara umumnya terlalu banyak. Tapi kat sini Ifa cuma nak kongsikan beberapa sahaja kerana ini yg biasa terjadi dan senang untuk dikenalpasti.

* TANDA-TANDA KOLESTEROL TINGGI DALAM BADAN *


1. Nyeri Pada Kaki (semut-semut)
Gejala umum akibat kolesterol tinggi ialah rasa nyeri pada bahagian kaki atau mungkin rasa tidak selesa di bahagian kaki. Hal ini terjadi disebabkan oleh arteri tersumbat sehingga aliran darah yang sepatutnya masuk ke kaki terbantut. 

2. Kejang Pada Malam Hari
Menurut Dr. Darren B. Schneider, seseorang yang mempunyai kolesterol yang tinggi akan merasakan kejang di bahagian tumit, jemari kaki atau kaki bahagian bawah. Rasa sakit akan hilang jika kedudukan kaki berada lebih tinggi dari kedudukan badan.

3. Kuku Dan Kulit Berubah
Akibat peredaran darah terganggu, kuku tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi. Akan berlaku perubahan seperti kuku menebal dan tumbuh lebih lambat selepas dipotong.
Pada awalnya, kaki akan berwarna putih kerana aliran darah terganggu. Tapi, lama kelamaan akan berubah menjadi kemerahan atau keunguan sebab pembulu darah melebar dan darah mula teralir ke kaki. Dr. Schneider mengatakan jari-jari kaki menjadi pucat ketika duduk kerana kurangnya peredaran darah.

4. Kaki Menjadi Sejuk
Tanda ini tidak boleh menentukan secara pasti, kerana ada sesetengah orang sering merasakan kedua kakinya sejuk apabila disentuh walaupun bukan sedang sakit (faktor cuaca kawasan tempat tinggal)
Tetapi, Dr. Schneider menyeru supaya lebih berhati-hati apabila rasa sejuk hanya terdapat di sebelah kaki saja. Kemungkinan itu tanda jumlah lipid dalam darah berlebihan.

5. Proses Pemulihan Luka Yang Lambat
Tanda kolesterol ini berkaitan dengan ciri-ciri pesakit diabetes. Luka (terutama bahagian kaki) akan lambat sembuh. Gangguan edaran darah menjadi penyebab lambat pulih. 

6. Mati Rasa Kebas
Seseorang pernah mengeluh bahawa beberapa jari tangannya mengali kebas-kebas. Dia menganggap hal tersebut ada kaitan dengan penyakit gout. Tetapi, setelah mendapatkan rawatan doktor, ternyata rasa kebas tersebut adalah kesan gejala kolesterol tinggi.

7. Cirit Birit
Tubuh mempunyai keupayaan menyerap satu pertiga keperluan kolesterol daripada makanan yang dimakan. Secara semulajadi, hati dapat menghasilkan kolesterol sesuai dengan keperluan tubuh tetapi pada keadaan tertentu hati tidak mampu mengenali keperluan tersebut sehingga mengalami masalah dalam memetabolismekan lemak. Pada keadaan di mana badan tidak mampu memetabolismekan lemak secara sempurna, akan berpotensi menimbulkan masalah dalam sistem pencernaan dan penyerapan, sehingga terjadi cirit birit yg berlebihan.

8. Gangguan Otak, Emosi Dan Kurang Daya Ingatan
Otak adalah bahagian penyimpanan kolesterol yang paling banyak, kira-kira 25%. Oleh sebab itu, kegagalan proses metabolisme lemak membuat pengeluaran kolesterol darah terganggu. Apabila kadar kolesterol LDL lebih tinggi daripada kolesterol HDL, otak akan menerima kesan seperti kurang daya ingatan, mudah emosi dan mencetuskan penyakit Alzheimer.


9. Perut Kembung
Kerana berlaku masalah ketika mencerna makanan dan memetabolisme lemak, saluran pencernaan akan menyimpan lebihan gas yang terbantut di ruangan usus yang menghala keluar dari perut. Dari situlah mula timbul masalah perut kembung dan sakit dada.

Jika kalian mengalami tanda-tanda seperti ini, cepat-cepat berkunjung ke hospital. Buat pemeriksaan untuk menyemak bacaan kolesterol dalam darah. 


Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

.:: Cendol Durian Pulau ::.

Bismillah.. :)
Assalamualaikum

Jalan-jalan cari makan kali ni membawa Ifa ke sebuah kedai yg diberi nama Cendol Durian Pulau. Ifa tak pasti kenapa owner kedai tu pilih nama ni, mungkin sbb kedudukan kedainya seberang dengan Pulau Pangkor atau durian tu berasal dari tempat yg bernama pulau..hehe

Okeh, kedai ini terletak di stesyen bas Lumut, Perak. Kira Ifa bernasib baik dapat merasa cendol ni. Masa buat order tu dia kata cendol durian dah habis, yang ada cendol special, cendol biasa..Ohoiiii sadis..tapi kalau dah namanya rezeki, abang kedai tu kata ada semangkuk lg..Alhamdulillah
Dapatlah cendol durian semangkuk, cendol special semangkuk..

Rasa dia boleh tahan..kira Ifa boleh rekomen lagi kat korang semua..sejuk je masuk kat anak tekak ni kan..Ohh, terlupa..selain cendol, kat sini ada laksa. Tapi Ifa tak order laksa aritu sbb perut masih kekenyangan. So, klu korang datang jalan-jalan kat Lumut jangan lupa singgah okey..tapi kena cepatlah, risau durian habis..haaaaaa, korang order jela cendol lain


Cendol durian semangkuk RM10


Nampak tak Aysara mama pun teruja nak makan durian..nyumm nyummm



Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Wednesday, March 8, 2017

.:: Testimoni VIVIX: 10 Tahun Penantian Isteri Disahkan Hamil ::.

Bismillah...
Assalamualaikum

Suami mana yang tidak gembira bila isterinya disahkan hamil setelah menunggu selama 10 tahun. Memang betul setiap daripada kita, rezeki anak berbeza-beza. Apapun, perancangan Allah itu adalah yang sebaik-baiknya. Hari ini, Ifa nak share satu story ni dengan korang semua. Isterinya hamil buat kali kedua setelah 10 tahun. 


[PENANTIAN HAMIL CAHAYA MATA KEDUA SELAMA 10 TAHUN BERAKHIR]

" Saya Daud Mohamad. Berumur 33 tahun, telah berkahwin 11 tahun yang lalu dan dikurniakan seorang anak kini berumur 10 tahun.


Setiap kali berjumpa dengan adik beradik dan saudara mara. Soalan yang pertama ditanya mesti soal anak. Bila lagi nak tambah anak? Takkan sorang je? Merancang ke?

Fuh sabar je lah yang tanya tu tak fikir langsung perasaan orang. Kesian kat isteri saya jadi stress bila orang tanya macam tu. Kadang-kadang yang tanya tu tak tengok batang hidung sendiri. Sebab ada yang tanya tu anak dia sendiri dah lama kahwin tapi masih belum dikurniakan anak. Emm tak tau nak cakap apa kan.

Jawapan yang biasa saya berikan “belum ada rezeki lagi dan Allah sebaik-baik perancang”. Saya dan isteri dah buat pemeriksaan doktor masing-masing tiada masalah.

Sebelum ni isteri makan produk Shaklee tak konsisten. Alhamdulillah sejak saya suruh wife minum Vivix konsisten selama sebulan lebih dan saya juga turut minum sekali. Akhirnya wife saya berjaya hamil setelah 10 tahun menunggu. Masa wife kata period tak datang lagi terus dia suruh saya beli pregnancy test. Alhamdulillah positif asbab minum Vivix dan semuanya dengan Izin Allah juga.

Berkat kesabaran dan doa yang tak pernah putus. InsyaAllah kami bakal menimang cahaya mata yang kedua pada bulan Julai 2017 nanti. Kini kandungan isteri saya dah 4 bulan lebih. Moga segalanya dipermudahkan.

Bagi mereka yang belum dikurniakan anak. Cubalah Vivix sebagai ikhtiar. Vivix ni berfungsi untuk memperbaiki sel-sel tubuh kita yang rosak akibat dari pemakanan yang tak seimbang, radikal bebas dan gaya hidup yang tidak sihat. InsyaAllah apabila sel-sel tubuh kita elok, kesihatan kita bertambah baik. Dan pengambilan Vivix dapat membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh. InsyaAllah.

Alhamdulillah. Inilah Shaklee Effect saya.


Pembaca blog Ifa sekiranya memang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata..teruskan ikhtiar.
Hubungi Ifa kat kalau nak mencuba dengan Vivix dan Set Kesuburan Shaklee.


WhatsApp: 017-5987245
FB: Ifa Omar
Blog: http://daisyisland.blogspot.com
Insta: ifaomar
COD: Pulau Pangkor, Taiping
Poslaju: Seluruh Malaysia


Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Thursday, January 12, 2017

.:: Ikan Bilis Masak Asam ::.

Bismillahirrahmanirrahim.. 
Assalamualaikum.. 

Tekak ifa ni sebenarnya dah lama nak makan ikan bilis..tp kalau asyik ulang menu yang sama pun tak best jugak kan..asyik² *sambal tumis ikan bilis *ikan bilis goreng rangup *kerabu ikan bilis
Apakata hari ni kita pelbagaikan lagi menu dari ikan bilis ni..Ohh, sebelum tu nak share sikit info pasal ikan bilis ni..baca tau

Ikan bilis kaya dengan Vitamin A..semua orang tahu vitamin A ni penting dalam penglihatan, pertumbuhan tulang..di samping membantu mengawal sistem imun
1 hidangan ikan bilis 100g kira-kira 50,000 IU Vitamin A
Ikan bilis ni kaya dengan sumber kalsium tau..Kalsium adalah penting untuk membentuk tulang dan gigi yang sihat
1 hidangan 100g ikan bilis boleh menyediakan sehingga 147mg kalsium
Bagi yang on diet, nak tambahkan kalium dalam diet korang, ikan bilis merupakan pilihan yang paling sesuai.. Kalium penting utk fungsi jantung dan memainkan peranan penting dalam pengecutan otot rangka dan licin, menjadikan ia sangat penting untuk pencernaan normal.
1 hidangan mempunyai kira-kira 383mg kalium
Selain itu, ikan bilis juga kaya dengan selenium. Di mana selenium ini fungsinya adalah penyakit jantung dan saluran darah, termasuk stroke serta membantu mencegah kanser prostat, perut, paru-paru dan kulit.
Kira-kira 36mcg selenium setiap hidangan
OK, tu je info untuk ikan bilis..kita balik pada menu ye..menu ni ifa namakan Ikan Bilis Masak Asam..ataupun Masak Asam Ikan Bilis..terpulanglah nak letak nama pun apa ye..hehe
Bahan-bahan yang diperlukan tak susah pun..semua stok kat dapur je..ni bagi wanita yg bekerja, menu-menu simple camni la jd pilihan kan..mudah dan cepat

* Ikan bilis
* Ubi kentang (hiris nipis)
* 3 ulas bawang putih
* 1 labu bawang besar
* Air asam jawa (2-3 sudu besar)
* Garam (cukup rasa)
* Sedikit gula

1. Goreng ikan bilis dan kentang terlebih dahulu (digoreng berasingan)
2. Tumis bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat. Masukkan sedikit garam dan gula. 
3. Setelah mendidih masukkan bawang besar yg telah dihiris bulat.
4. Masukkan ikan bilis dan kentang. Gaul rata.

OK siap. Boleh ambik nasi..makan panas² sangatlah membuka selera.



Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Sunday, November 27, 2016

.:: Jalan-Jalan Cari Makan: Warung Persatuan Nelayan, Lumut ::.

Bismillah.. ๐Ÿ˜Š
Assalamualaikum

Hai followers blog daisyisland yg ifa kasihi semuanya..hope sihat dan ceria hendaknya ye..

Sapa kat sini suka sangattt makan?? Pegi mana² mesti nak singgah kedai makan..okeh, kita geng kalau macamtu.. ๐Ÿ˜‹

Kali ni ifa nak bawak korang Jalan² Cari Makan kat area Lumut, Perak..kita ke Warung Persatuan Nelayan..macam² menu makanan laut yg korang bleh dpt kat sini..rasanya pun bleh tahan sedap..

Yg best ni ada menu tambahan, kita bleh order dari brader kat situ..ini dia kupang bakar..setengah kilo rm5 (masa ifa makan)..

Ni nasi goreng ketam..bkn diambil isinya pastu goreng dgn nasi tau..ketam tu sekor diletaknya..memang berbaloi

Ni mee udang meletop..udang bersaiz sederhana..port tu mcm makan sizzling mee kan

Adik ifa dan isteri pilih menu nasi goreng udang..

Serius ifa nak bgtau ni..warung ni memang ramai pengunjung..harga yg dikenakan pun sangat berpatutan..
Jika dari jalan utama, Warung Persatuan Nelayan ini agak ke dalam lokasinya..so, korang yg dtg jln² atau bercuti ke Lumut, bleh la singgah kat warung ni ye

Okehh, jumpa di next entri..selamat malam ๐Ÿ˜‰


Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Monday, November 14, 2016

.:: Mengatasi Masalah Kolesterol Dengan Shaklee ::.

Bismillah.. :)
Assalamualaikum


kolesterol tinggi

Berita baik buat korang semua yang menghadapi masalah kolesterol tinggi..
Pada dasarnya kolesterol dapat diturunkan dan dicegah sebelum menjadi kolesterol jahat dalam badan yang akan mengancam penyakit berpunca daripada kolesterol..

kolesterol tinggi

Badan kita memang memerlukan kolesterol untuk membantu membentuk dinding sel, sebagai dasar dari pembentukan hormon steroid dan sebagai sumber tenaga untuk badan..tetapi kolesterol jahat perlu disingkirkan dari dalam badan kita..

Jika kadar kolesterol dalam darah naik, efek negatif pada kesihatan adalah penyakit seperti sakit jantung, stroke dan pembuluh darah menjadi sempit.

Kat sini ifa kongsikan cerita sis ni yang mempunyai masalah kolesterol. Sis ni atasi masalah kolesterolnya dengan mengamalkan suplemen shaklee..korang baca tau


MEI 2016 (MUSIM KEDUA)
TESTIMONI 27: HARTINI BADRI 
.

[ SUPPLEMEN SHAKLEE BANTU TURUNKAN PARAS KOLESTEROL ]
.

Cinta pertama saya dengan Shaklee bermula dengan set Kolesterol. Saya dikesan mempunyai paras kolesterol yang tinggi sejak sebelum berkahwin. Doktor menasihatkan saya untuk jaga pemakanan.
.
Apabila telah melahirkan anak, paras kolesterol jahat saya makin tinggi dan saya mula rasa selalu letih, sakit kepala,migrain teruk dulu, sampai tahap kena duduk dalam bilik gelap tanpa cahaya dan bunyi, juga jantung selalu berdebar-debar. Membaca maklumat bahawa bahayanya kolesterol tinggi ni sehingga boleh membawa kepada masalah jantung, strok buatkan saya tak senang duduk. 
.

Saya mula risau. Saya pergi buat pemeriksaan dan doktor menyuruh saya makan ubat kolesterol dan meminta saya makan selama setahun untuk dipantau. Saya enggan bergantung pada ubat sintetik.
.


Saya mencari alternatif dan bila pergi farmasi saya dicadangkan dengan suplemen semulajadi Shaklee. Ye. Saya memilih set kolesterol Shaklee. Lecithin+Alfalfa paling saya konsisten sehingga beberapa bulan saja dah menampakkan penurunan.
.

Kemudian saya tambah dengan Omega dan Phytocol. Alhamdulillah kolesterol turun, kesihatan bertambah baik. Saya merasa lebih sihat dan bertenaga.

Syukur alhamdulillah.

*******************************


Korang kalau nak tau lebih lanjut tentang produk Shaklee boleh roger Ifa..

ID: 1017191
FB: Ifa Omar
Page: VitaHealth & Beauty
Blog: http://daisyisland.blogspot.com
Call/WhatsApp: 017-5987245
COD: Pulau Pangkor, Taiping
Poslaju: Seluruh Malaysia


Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Thursday, September 15, 2016

.:: Shaklee Landmark Study ::.

Bismillah.. :)
Assalamualaikum

Apa pentingnya Shaklee Landmark Study ni? Landmark Study adalah kajian oleh pihak ketiga iaitu badan bebas yang menjalankan eksperimen dan menunjukkan bukti dari eksperimen yang dijalankan. Landmark ini dikendalikan oleh UC Berkeley School of Public Health. Ekperimen ini diketuai oleh Dr. Gladys Block..

Dr. Gladys Block sangat mengambil berat soal pemakanan dan diet rakyat Amerika. Visi yang sama menemukan beliau dengan Roger Barnett yang ketika itu mencari bukti saintifik bahawa produk Shaklee memberi impak kepada kesihatan manusia..setelah berjumpa dengan Roger Barnett, Shaklee bersetuju dengan syarat yang dikemukakan oleh Dr. Gladys Block untuk menjalankan Landmark Study ke atas Shaklee..

Semua keputusan kajian ini akan di publish kepada umum dan Shaklee tidak takut untuk dikaji. Ini kerana Roger Barnett yakin dengan keselamatan dan kesemulajadian Shaklee. Shaklee Landmark Study dijalankan selama 3 tahun dari 2004 hingga 2007. Kajian menunjukkan pengguna vitamin Shaklee mendapat kesihatan yang lebih baik berbanding dengan pengamal vitamin lain dan mereka yang tak ambil suplemen. Sebagai pencinta vitamin Shaklee, kita patut berasa bangga kerana Shaklee sahaja yg betul-betul teruji dan diiktiraf oleh pihak ketiga yang mempunyai autoriti dalam bidang nutrisi..



Graf di bawah adalah hasil kajian yang telah dijalankan. Graf ini adalah perbandingan ke atas 3 golongan pengguna jangkamasa panjang iaitu selama 20 tahun. Landmark Study ini melibatkan 1000 orang pengguna.

BIRU - Golongan yang tidak mengambil apa-apa suplemen, cuma kawal pemakanan
MERAH - Golongan yang mengambil suplemen jenama lain
HIJAU - Golongan yang mengamalkan vitamin Shaklee

Shaklee

Nampak tak? Shaklee telah membuktikan bahawa ianya selamat digunakan. Keputusan yang dikeluarkan oleh Dr. Gladys Block sangat mengujakan Shaklee dan Roger Barnett. Shaklee sahaja brand di dunia yang berani diuji kehebatan vitaminnya. Dr. Gladys Block mengiktiraf Shaklee saja yang layak kerana kualiti dan beberapa kajian klinikal yang dilakukan terhadap vitamin Shaklee.

Kesimpulannya...

* Anda rasa cukup dengan makan makanan seimbang je tak perlu vitamin..anda silap

* Ada boleh makan vitamin apa-apa saja, sama je kesannya..landmark study membuktikan sebaliknya

* Kalau rasa Shaklee ni tak bagus..rujuklah ujian ini

Maka pilihlah vitamin yang terbukti ujian klinikalnya..ujian yang dijalankan bukan sebulan dua tp selama 20 tahun.


ID: 1017191
FB: Ifa Omar
Blog: http://daisyisland.blogspot.com
Call /WhatsApp: 017-5987245
COD: Pulau Pangkor, Taiping
Poslaju: Seluruh Malaysia

Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

.:: Pengedar Shaklee Pulau Pangkor ::.

Bismillah.. :)
Assalamualaikum

Hai semua..kita tak pernah berkenalan kan? Meh kita kenai2 jap..hehe
Saya Ifa, Pengedar Shaklee Kawasan Pulau Pangkor..juga untuk kawasan Taiping..dua tempat ni memang Ifa akan selalu ulang alik..so, klu ada antara korang yg amat2 memerlukan vitamin, tak tau nak pilih vitamin mana yg patut ambik utk kondisi kesihatan korang..InshaAllah Ifa akan bantu sedaya yg mungkin..

Pengedar Shaklee Pulau Pangkor

So, kwn2 yg dapatkan set vitamin shaklee boleh hubungi Ifa ye..shaklee ada produk Set Kurus, Set Kecantikan, Set Sendi, Set Hamil, Set Berpantang dan sebagainya..Nak full set boleh, nak yg bajet pun boleh..InshaAllah Ifa akan bagi konsultasi yg terbaik utk korang..dan semestinya konsultasi itu secara percuma. Kalau kawan-kawan ingin dapatkan khidmat dari Ifa samada COD atau pos, contact je seperti butiran dlm gambar kat bawah ni..Haaa, jika ada yg berminat nak join ahli dan jana pendapatan dgn bisnes shaklee, jangan malu jangan segan hubungi Ifa okey.. 

JOM SAMA-SAMA KITA JADI SIHAT DAN BANTU MEREKA YG LAIN UTK JADI LEBIH SIHAT!

Pulau Pangkor



ID: 1017191
FB: Ifa Omar
Blog: http://daisyisland.blogspot.com
Call / WhatsApp: 017-5987245
COD: Pulau Pangkor, Taiping
Poslaju: Seluruh Malaysia


Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Tuesday, May 31, 2016

.:: Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee ::.

Bismillah.. :)
Assalamualaikum

Di sini, ifa nak kongsikan dengan semua pembaca blog daisyisland..pengalaman ifa sendiri setelah menggunakan produk shaklee..
Ramai yg kata produk shaklee menipu..dah pernah cuba ke? Memang sebelum mengenali shaklee ifa pun beranggapan begitu, tp alhamdulillah percaturan Allah tiada siapa yg tahu.. Allah dorongkan hati ifa ni utk yakin dengan produk ni..


TESTIMONI 28: LATIFAH BINTI OMAR

[ TIADA LAGI SINDIRAN SETELAH BERJAYA HAMIL ]


Hai..Saya Latifah Binti Omar, mesra disapa dengan panggilan Ifa. Berumur 32 tahun. Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk berkongsi testimoni saya kepada semua. Perkongsian testimoni sebenar saya ini bukan untuk menyentuh perasaan sesiapa tetapi untuk memberi semangat dan inspirasi buat pasangan yang masih menantikan kehadiran cahaya mata tidak kira yang baru atau yang dah lama berkahwin.

Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut, ingin saya nyatakan, kisah saya dengan Shaklee ni bermula dengan ESP dan Vitamin E. Kenapa?? Sebab saya tak nak wajah yang kusam ketika hari perkahwinan saya.. hehe.. Ternyata ianya berkesan. Alhamdulillah.

Saya dan suami diijabkabulkan pada 01 Ogos 2014. Diakui, memang saya mempunyai masalah period tidak teratur. Lebih-lebih lagi senggugut yang teruk setiap kali datangnya period. Masa sekolah dulu, kawan-kawan selalu cakap orang yang senggugut teruk ni susah nak mengandung. Hmmm… Saya macam telah di mindsetkan pula dengan kata-kata itu.

Tetapi selepas berkahwin saya cuba positifkan diri. Saya selalu bercakap dengan diri sendiri “aku boleh mengandung dan lahirkan zuriat untuk suami aku”. Memang rasa kelakar tapi itulah yang saya selalu buat. Usia pun dah 30an, saya memang berharap sangat untuk hasilkan ‘produk’ bersama suami secepat mungkin. Tempoh pernikahan kami dah sampai 4 bulan, tapi masih belum ada tanda2 saya hamil.

Lumrah apabila jadi seorang perempuan..bila umur kita dah jangkau 20an..orang keliling mula tanya “bila nak kawin??. Bila dah kawin, kena tanya lagi“ dah mengandung ke belum??”. Adoiiii…sedih nak bagi jawapan... Perasaan sedih dan rasa tak mampu untuk bagi kebahagiaan pada suami mula terdetik dalam diri. 


Keadaan yang sama turut rasa tempias di pihak suami. Ini buatkan diri saya jadi tertekan. Tak cukup dengan itu, ada pula mulut-mulut puaka yang menyindir “Ehh, dia sendiri agen Shaklee pun tak mengandung lagi, macamana boleh jual produk kesuburan dengan orang lain..” Arghh!!.. Perit rasanya hati, sering dalam tangisan saya ngadu pada suami. Tapi sentiasa disuruh bersabar dan terus memberi semangat dan dorongan pada saya.

Setelah berbincang dengan suami, dan mendapatkan tips dari kawan suami yang merupakan seorang doktor selain pandangan daripada senior SID, saya dan suami sepakat untuk berikhtiar dengan Set Lengkap Kesuburan Shaklee dengan harapan dapat “repair & set” semula masalah kesuburan dari dalaman.

Saya amalkan GLA Complex, B-Complex, Alfalfa dan ESP yang berfungsi untuk mengatur semula kitaran haid, melegakan simptom senggugut dan menguatkan rahim untuk menerima janin. Manakala suami saya pula amalkan Vitamin E dan Zinc Complex untuk kesihatan prostat yang lebih sihat dan penghasilan sperma yang banyak dan berkualiti.


Alhamdulillah, berkat kesabaran, usaha, ikhtiar dan tawakal tanpa jemu.. akhirnya saya disahkan hamil. Penantian 1 tahun 5 bulan itu cukup lama tapi sangat-sangat bermakna buat kami. Terima kasih Allah atas anugerahMu ini. Saya tidak kisah berbotol-botol pun set kesuburan itu saya perlu konsisten demi anugerah terindah ini.

Sekarang, kandungan saya dah berusia 6 bulan dan saya masih meneruskan dengan set kehamilan Shaklee. Yang bestnya tentang Shaklee ni, ada produk yang kita boleh start ambil dari sebelum hamil, continue ketika sedang hamil dan terus diambil masa berpantang. Sangat-sangat jimat dan berbaloi.

Kepada pasangan-pasangan di luar sana, jangan berhenti berharap. Yang penting teruskan berusaha,jom berikhtiar dengan set Shaklee dan tawakal tanpa jemu. Sesungguhnya Allah itu Maha Memberi. Tiada yang mustahil dengan izinNya. In Sha Allah, saya doakan untuk semua. Sekian.


Ini adalah kisah benar ifa..tak sanggup lg dihentam org sekeliling..hina sangat ke seorang perempuan yg dah berkahwin tapi belum dikurniakan rezeki anak?? Soal anak ianya dari Allah..bukan boleh ditiup, dihembus ke dalam rahim wanita, terus ada gitu..

Ifa kongsikan pengalaman ini supaya yang di luar sana yang mengalami masalah yang sama tidak akan berputus asa.. Kita usaha, ikhtiar, doa dan tawakal..

Yang terbuka hati nak ikhtiar dengan set kesuburan shaklee, boleh hubungi ifa di 017-5987245


Untuk tips dan konsultasi PERCUMA, harga istimewa..hubungi ifa

FB: Ifa Omar
Call/Inbox: 017-5987245
Blog: http://daisyisland.blogspot.com
COD: Pulau Pangkor, Taiping
Poslaju: Seluruh Malaysia


Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Wednesday, December 2, 2015

.:: Cameron Highlands, Pahang ::.

Bismillah.. :)
Assalamualaikum

#throwback..

Hai korangggg..asal masuk je blog mesti kena kasi cuci ini sawang dulu..Al-maklum rajin bebeno updatenya..#throwback..mestilah kisah ni dah berlaku lama..dan pastinya ifa baru nak masuk entri..huhu

Peristiwa: Family Day Staff Library Zon 8, Perak
Tarikh: 9hb - 10hb November 2015
Tempat: Cameron Highlands, Pahang
Penginapan: Apartmen Desa Anthurium, Tanah Rata

Hmmm..Cameron Highlands memang tempat yg sgt menarik utk bercuti..kawasan tanah tinggi yg sgt terkenal dgn tanaman teh dan strawberi..sbb tulah Cameron Highlands menjadi destinasi pilihan kami utk buat family day kali ni..Xdelah jauh sgt..kedudukannya di antara Perak dan Pahang je pun..
Berkonvoi 9 buah kereta..tempat berkumpul, Petronas Simpang Pulai..dah naik smpai Kg.Raja terasa dah kesejukan..nyaman je 

Niat memula, kami nak singgah mana2 tempat sebelum pegi check in kat Desa Anthurium..penginapan kami kat Tanah Rata..alang-alang dah naik dr Simpang Pulai akan tempuh Kg.Raja, Tringkap tp disebabkan kami pegi tu cuti umum, maka susahlah nak dpt parking..singgah yg mana dan je dulu..semua destinasi bersambung ke hari ke2..

Butterfly Garden, Cameron Highlands
Ambil peluang ber'honeymoon' ntah kali ke berapa..hehe..Oh ye, nak masuk ke Butterfly Garden ni caj dikenakan sebanyak RM5 utk dewasa dan RM2 utk kanak-kanak..enjoyyyy!!

Wefie time..haha

Kami sebenarnya memang gila-gila..tengok jela aksi2 bergambar tu..semua pantang jumpa camera..berebut-rebut nak ambik port supaya muka memasing dpt masuk dlm gambar..kelakar kan??sebenarnya banyak lg aksi2 kegilaan kami..tp cukuplah letak yg ni je ye..malu kat orang..hehe

Antara tarikan kat Cameron Highlands ni adalah Lavender Farm dan MARDI..nak masuk MARDI caj dikenakan sebanyak RM3 utk dewasa..Lavender Farm plak caj sebanyak RM6 utk dewasa dan RM4 utk kanak-kanak 5thun ke atas..


Dan tarikan yg paling bestttt ladang teh nya yang  terbentang luas..saujana mata memandang..Subhanallah sgt2 indah..byk lg tempat menarik kat Cameron Highlands ni..tak abis pusing dlm masa sehari

Percutian dlm Malaysia pun best apa..support pelancongan Malaysia kita..ok bye
Gudnite smua, sweet dreams


Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Thursday, October 15, 2015

.:: Laksa Mee Pangkor ::.

Bismillah.. :)
Assalamualaikum

Hye..salam ceria buat semua bloggers..moga sihat2 sokmo ekkk
Entri kali ni 'cite dari dapur'..dlm erti kata lain kita main masak2..hehe

Ifa nak tanya korang ni..penah dengar tak makanan yg diberi nama "Laksa Mee"..apa, tak penah dengar?? tak tau pun ye makanan tu camne??..hahh, meh sini ifa kongsikan utk korang semua..bg yg tak tau memang agak pelik..tp bg yg penah cuba, sekali rasa terus jatuh cinta..hihi

Sesapa yg pernah dtg ke Pulau Pangkor..mesti akan jumpa dgn laksa mee ni..sbb makanan ni hanya popular di Pulau Pangkor je..laksa mee ni makanan yg simple je..laksa mee + sup + sambal + kacang panjang..ramai yg bertanya ifa mcmana nak dptkan laksa mee ni, mcmana resipi nak buat laksa mee ni..laksa mee ni ifa tak tau samada kat tempat korang ada jual ke tak..klu xde, bleh order dgn ifa..hehe..utk cara masak, meh sini ifa ajarkan..cewaahhhh mcm pandai sgt je..hihi

Bahan-bahan yg diperlukan.. lagak mcm chef tak..haha..ifa buat step by step ye bg korang faham

Bahan-bahan utk buat sambal:
Cabai kering 
Bawang merah
Bawang putih (dihiris)
sedikit air asam jawa / asam keping
sedikit garam
sedikit minyak utk tumis

Cara membuat:
1. Cabai kering dan bawang merah dikisar. Kemudian, panaskan minyak.
2. Setelah itu tumis bawng putih sehingga naik bau, dan masukkan cabai yg telah dikisar tadi.
3. Masukkan air asam jawa atau asam keping. Diikuti dgn garam. Biar sehingga cabai betul2 masak.

**********

Bahan-bahan utk buat kuah:
4 ekor ikan kembung (suka hati nak potong atau nak biar sekor2)
nak gnti dgn ikan lain pun bleh tp yg isinya manis..nk ganti dgn seafood pun bleh
bawang merah (dihiris)
bawang putih (dihiris)
daun sup, daun bawang
garam
asam keping
sedikit minyak utk tumis

Cara membuat:
1. Panaskan minyak dlm periuk. Tumiskan bawang merah dan bawang putih. Setelah naik bau, masukkan air (ikut nak kuah tu byk mana).
2. Kemudian masukkan asam keping. Agak hampir nak mendidih masukkan ikan. 
3. Masukkan garam. Rasa dah ok, masukkan daun sup dan daun bawang yg telah dihiris. Tunggu hingga mendidih.

**********
Bahan utk awas2:
Kacang panjang
Carrot
Fish cake (suka hati nak letak atau tak)
Sedikit garam
Bawang merah (dihiris)
sedikit minyak utk tumis

Cara membuat:
1. Kacang panjang dan carrot dipotong kecil2. Panaskan minyak dan tumis bawang merah.
2. Masukkan kacang panjang, carrot dan fish cake. Goreng jangan sampai terlalu masak. Perasakan dgn garam.

Dan yg terakhir..utk laksa mee tu..didihkan air dlm peiuk atau kuali..kemudian msukkan laksa mee dan celur sehingga lembut. Tp jgn terlalu lembik. Lepas tu bilas dgn air bersih dan toskan.
Taraaaaa..siapppp

Pulau Pangkor
Laksa Mee Pangkor
                                   
Nak makan..campurkan je semuanya dlm mangkuk atau pinggan. Lepas tu makan..Hmmm yummylicious




Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Tuesday, August 18, 2015

.:: Set Cantik Shaklee ::.

Bismillahirrahmanirrahim.. :)
Assalamualaikum

Set Kecantikan Shaklee menjadikan kulit cantik berseri dan sihat..

Hari ini ifa nak share pasal Set Kecantikan Shaklee..
Ramai yang selalu tanya kenapa produk shaklee ni mahal?..kenapa mesti ambil lebih dari 1 produk?
Produk elok mestilah mahal..tp bila kira balik sebenarnya tak mahal pun..sebab hampir kesemua produk tahan sehingga berbulan-bulan.Entri ni ifa akan cerita tentang produk dan fungsinya..korang baca tau :D

Vitamin Shaklee
Set Kecantikan Shaklee


Set Kecantikan Shaklee

Set Kecantikan Shaklee terdiri daripada Energizing Soy Protein (ESP), B-Complex, Vitamin C dan Vitamin E..setiap satu suplemen mempunyai fungsi masing-masing dan saling membantu antara satu sama lain.

  • ESP - Memperbaiki sel-sel kulit yang telah mati
  • B-Complex - B untuk 'beauty', membantu menaikkan seri muka, membantu untuk saraf yang baik, sunburn, anti-stress (boleh bagi mood ceria)
  • Vitamin C - Menggalakkan peningkatan kolagen
  • Vitamin E - Semestinya sangat bagus untuk kulit yang cantik, mengurangkan inflamasi, menghilangkan parut

Nampak macam mahal kan tapi sebenarnya dah jimat..
ESP (RM150 - 2 bulan)
B-Complex (RM53.75 - 4 bulan)
Vitamin C (RM92.50 - 6 bulan)
Vitamin E (RM149.00 - 4 bulan)

Jika anda ambil secara konsisten dan pengambilan air putih yang secukupnya, inshaAllah hasilnya pasti meletops. Air memang sangat penting untuk penyerapan suplemen, penyingkiran toksin dari badan.

GLA Complex dan Collagen Powder juga adalah rangkaian set kecantikan
Untuk keterangan lanjut atau nak tanya apa-apa..boleh contact ifa ye..hanya yang terbaik untuk anda


FB: Ifa Omar
Call/Inbox: 017-5987245
Blog: http://daisyisland.blogspot.com
COD: Pulau Pangkor, Taiping
Poslaju: Seluruh Malaysia


Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Monday, August 3, 2015

.:: Tip Makan Secara Sihat ::.

Assalamualaikum.. :)

Apa kabar bloggers hari ni..ada simpton monday blues tak?
Pada yg bekerja, selamat bekerja..pada yg bercuti selamat meng'enjoy'kan diri (bahasa apa tu..hihi), pada yg tgh tension study, take some rest..okey

Ahaaa..bg yg selalu rasa tak larat, lemau2 badan bila bangun pagi..kdg2 nak buat keje pun malas sbb letih kan..
nak kata sakit, rasa mcm sihat kan..tp badan lesu sgt

Tahu tak knp jd camtu?? Sbb utamanya pemakanan kita..
Kdg2 kita terlupa..main bedal je apa yg kita rasa nak mkn kan janji sedap..

makan secara sihat
Amalan Makan Secara Sihat..
Utk memastikan tubuh kita kekal sihat, perkara yg utama patut kita bg perhatian adalah dgn menjaga pemakanan harian..
Klu blh ambil makanan mengikut piramid makanan..(semua org tahu kan)..bila mai teringin nak mkn sesuatu, blh je mkn tp jgn berlebihan..jgn la tiap2 hari mkn burger..hari ni burger Malaysia, esk burger KFC, pastu lusa burger McD..hehe..bkn kata poket je rabak, badan pun bagai di pam-pam..hihi

Okehhh, meh baca ni ifa share sikit tip makan secara sihat..

  • Waktu mkn yg terbaik adalah seblm maghrib ketika matahari masih ada. Elakkan mkn di tgh mlm..(klu tgh mlm tu rasa lapar, ambil la makanan yg ringan..perut meragam pun ssah nak tdo kan)
  • Jgn mkn terlalu kenyang kerana nisbah makanan dlm perut ialah 1:3 sahaja.
  • Jgn mkn buah selepas mkn. Sebaiknya mkn buah sebelum mkn kerana ia dpt membantu penghadaman (secara tak langsung kita ikut sunnah Rasulullah..dpt pahala)
  • Amalkan konsep 'mkn sewaktu lapar, berhenti seblm kenyang'.
  • Seeloknya mkn menggunakan tgn kanan kerana tgn kanan dikatakan mengandungi 18 enzim penghadaman.
  • Minum air suam/air kosong bersih sejam sebelum mkn dan sejam selepas mkn. Elakkan minum air ais supaya perut tidak mudah buncit.
  • Minum 2 hingga 2.5 liter air bersih setiap hari..kiraan masa sekali setiap 2 jam.

Utk kekalkan kesihatan, jgn mls bersenam ye..seminggu 3 kali pun dah cukup..
moga info ini berguna utk kita..



Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Saturday, August 1, 2015

.:: Happy 1st Annivessary ::.

Bismillah.. :)
Assalamualaikum

Alhamdulillah..syukur pd Allah yg membuka dan menyatukan kedua2 hati ini

Tarikh : 01/08/2014
Masa : Selepas Isyak
Tempat : Masjid Teluk Raja Bayang, Pulau Pangkor

After akad..pembatalan air sembahyang
Terima kasih Allah kerana menemukan aku dgn seorang insan yg sgt2 istimewa ini..semoga dia sentiasa menjadi imam buatku dan anak2 kami nanti..
Cepatnya masa berlalu, dah setahun rupanya usia perkahwinan ifa..perkahwinan yg menutup segala kelemahan dan kelebihan ifa..kerana setiap pasangan itu saling lengkap melengkapi antara satu sama lain..
Dgn 2 kali lafaz, sahlah ifa bergelar isteri kpd Muhammad Al-Widdani Bin Mokhtar..kali pertama x lepas lafaz sbb suami tertelan air liur..gabra kan..hehe..kata org lelaki ni ada dua masa gabranya..1st ketika nak bersunat, 2nd ketika berhadapan dgn tok kadi..( suami plak berhadapan dgn ayah ifa masa tu..lg lah gabra kan..hihi)
Lepas selesai je majlis akad nikah, sarung cincin, jamuan mkn sikit..ifa and hubby pegi ronda2 pusing pulau naik motor dgn baju akad nikah tu ..hehe..

Abg, terima kasih sbb sudi jadikan syg suri dlm hati abg..wlu apapun dugaan yg dtg, harap kita dpt tempuhi sama2..abg slalu pesan kan ssah senang kita sama2
Koleksi gambar..ni tahun 2012
1997 - detik pertemuan pertama kita..kenal pun masa mgu orientasi (masa tu masuk asrama Form 1)
         - x kenal rapat pun sbb lelaki dan perempuan diasingkan kelas
1998 - dah duk dlm 1 kelas..awal2 tu malu2 alah..hihi (tp incik hubby mmg pemalu)
1999 - PMR..masa ni dah start rapat as a fren
2000 - masih rapat, hubby antara kwn lelaki yg paling rapat, gaduh2, usik2..tp malu incik suami ni                tetap ada
2001 - SPM..ntah knp di akhir2 ni rasa mcm berat je hati..masa last day nak angkut brg, ada airmata              yg menitis..hukhuk
2002-2003 - kami hanya berhubung melalui talian telefon umah..tu pun ketika hari raya je
2004-2009 - sepi langsung..ohhh
2010 - kami bertemu semula ketika reunion X-SMAD batch 1997..(kami pegi 1 keta ok.hihi)..balik dr            reunion tu dah mula rasa ada rindu yg tersimpan..haha..igtkan ifa je yg rasa camtu, rupanya                  incik suami pun rasa
2011-2012 - start serius..
2013 - bertunang 07/07/2013
2014 - kahwin..semoga Allah merahmati dan memberkati..Aamin

Okey, stakat ni dulu utk entri hari ini..celoteh lg di next entri..daaa


Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Sunday, June 7, 2015

.:: Cupcake Coklat ::.

Bismillah.. :)
Assalamualaikum

Ape kabar smua?? rindu ifa x?..hehe..perasan
hari ni ifa cuti..sebagai memanfaatkan waktu cuti ni..memang ifa duduk kat rumah jela..mengemas apa yg patut kan..hihi
tapi ada pulak si kecik ni (anak buah) yg ngayat ifa dgn ayat manis penuh kesiannya.."makteh, adik teringin la nak mkn cupcake coklat"..siap tnjuk gmbar lg plakk..pujuk ifa dgn muka yg penuh pengharapan tanpa rasa bersalahnya..
Aduhaiii anak..makteh mu yg comel ni bukanlah pandai nak buat bnd2 ni..huhu..tp utk tak kecilkan hati si kecik ni, ifa buat jugakk (dpt improve kan diri dlm bidang ni kan)..selak la mana2 resipi yg ada..asal jadi sudahlah..

ni la rupa cupcake coklat..by ifa

Nak resipi tak?? tp rasanya korang lg pakar kan.. Ahhh, tak kira nak bg gak resipi cara ifa ni.. ;)
dah jadi hasilnya, barulah rasa Ooo senangnya nak buat

OK, bahan2 yg diperlukan

Bahan A
3 biji telur
1 kotak kecil susu Dutch Lady perisa coklat
3/4 cawan minyak masak
1 cawan brown sugar
sedikit esen vanila

** kesemua bahan A blend or mixer

Bahan B
2 cawan tepung gandum
2 sudu mkn serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

** ayak kesemua bahan B

Caranya sgt mudah..
1. Campurkan bahan A dan bahan B..gaul sebati dan tidak berketul
2. Kemudian, bakar 15-20minit api atas bawah..180 C atau ikut oven masing2 ye

Selamat mencuba..hehe


Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Wednesday, April 15, 2015

.::. Cara Merawat Masalah Senggugut Kronik .::.

Bismillah.. :)
Assalamualaikum

Senggugut atau "period pain" adalah masalah yang biasa dihadapi oleh kaum wanita ketika dtg bulan atau haid. Senggugut adalah kesakitan di bahagian pelvis atau bahagian bawah perut. Organ-organ seperti rahim, ovari, pundi kencing dan salur fallopio terletak di kawasan pelvis. Sakitnya?! Tuhan saja yang tau betapa deritanya bila ianya menyerang. Semua keje tak jadi, segala plan terpaksa cancel..tergendala semuanya.. so sad :(



 Apa yang biasa terjadi ketika ianya menyerang..??


Sis nak share dari pengalaman diri sendiri..dari zaman sekolah hingga ke zaman kolej..sampailah sis dah bekerja..masalah senggugut memang tak pernah nak berenggang dari sis ketika dtg bulan..pening, lemah badan, muntah-muntah, asyik nak buang air besar (kadang2 rasa mcm nak duduk je dlm toilet tu)..sakit pinggang jgn ckp la, rasa mcm nak tercabut..mood pun memang swing la kan.. 
Zaman sekolah and kolej, ketika dtg bulan memang akan ponteng kelas..bila dah keje selalu sgt ambik emergency leave (EL)..rugi sangat!! bergantung pada pain killer sudah semestinya wlupun tau kesannya tak elok..dah cuba macam2 petua pun still tak mau hilang
Sis memang baca semua info atau tips untuk mengatasi masalah senggugut ni.. Nak pulak sis ni memang kurang darah. Salah satu faktornya adalah pemakanan. Ambil makanan yg kaya dgn serat, tinggi kalsium dan yg paling penting kurangkan pengambilan makanan berkafein..selain itu tubuh memerlukan suplemen sebagai nutrisi tambahan


Cara Menghilangkan Senggugut Dengan Cepat Atau Senggugut Tiada Lagi Menyerang..

Anda sangat-sangat disarankan mengambil suplemen tambahan bagi menghilangkan sakit senggugut ini dengan cepat. Suplemen ni membantu mengurangkan senggugut dan memastikan tubuh menerima nutrisi yang secukupnya..

Suplemen No.1 dunia..sis memang ambil dan sudah pun merasai kesannya..Alhamdulillah.. :)
Jom sis terangkan fungsi satu2 vitamin ni..



OsteMatrix (Kalsium - Magnesium)
Memastikan tubuh badan kita mendapat sumber kalsium yang cukup. Bagi yang bukan penggemar susu, kekacang bolehlah menggantikannya dengan OsteMatrix

GLA Complex
Biasanya asid gamma linolenik digunakan secara tradisional untuk melegakan kesakitan semasa dtg haid, mengatur kitaran haid dan melegakan tanda-tanda putus haid (menopause). Menggalakkan rasa kelegaan semasa kitaran haid. Kitaran haid akan cantik setiap bulan. Juga menggalakkan kesuburan wanita.

B-Complex
Bertindak sebagai anti keradangan atau stress. Bagi kita rasa tenang, bukan lagi nak marah2 sbb mood swing kan.


Pesanan sis buat rakan-rakan blogger atau sesapa jua yg bergelar wanita. Buat pilihan dari sekarang kerana senggugut juga boleh mengakibatkan seseorang wanita itu tidak subur.


Nak dapatkan nutrisi terbaik ini ..ataupun nak daftar keahlian, korang bleh dpt penjimatan harga ahli 15% - 20%.. hubungi sis ye :)


FB: Ifa Omar
Call/WhatsApp: 017-5987245
Blog: http://daisyisland.blogspot.com
COD: Pangkor, Taiping



Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading