* POST POST LAIN *

Showing posts with label happy 2014. Show all posts
Showing posts with label happy 2014. Show all posts

Friday, October 17, 2014

.::. Dulu Dan Kini - Edisi Terindah - .::.

Bismillah.. :)
Assalamualaikum

** gambar 2001..di sinilah bermulanya sebuah kisah..**

Hai korang..hari ni ifa nak story masa zaman skolah dulu (muda remaja gitu..ahakkss)..dari Form 1- Form 5, ifa duk hostel..mestilah byk kenangan kan!! memang tak bleh lupa kot..
So, ifa nak cite pasal seorang kawan ifa ni..masa Form 1, kami berasingan kelas -lelaki dan perempuan- (skolah agama kan)..msuk Form 2 kami dah digabungkan jd 1 kelas..memang havoc!! masa nilah baru nak beramah mesra dengan geng2 lelaki..dlm kelas ifa suka sgt usharr sorang mamat ni..bkn apa sbb dia ni jenis pemalu..tp dlm malu2 mamat tu dia couple dengan kwn baik ifa..klu lah masa tu ifa tangkap cintan dengan dia, pasti kecewa bangatt..haha..dr usharr + usik mengusik, akhirnya kami jd kwn baik + kwn bergaduh..
Sesi persekolahan berterusan hingga Form 3..after PMR si couple mamat ni pindah skolah..mungkin mereka memang tak berjodoh, awal Form 4 ifa dpt tau yg hubungan mereka sudah berakhir..tp hubungan persahabatan ifa dengan mamat ni tetap utuh..bcoz what?? bcoz "friendship is better more than love"..
Pertengahan Form 4, ifa dah mula dengar gosip2 panas yg kononnya ifa penyebab hubungan dia orang putus..ada yg kata ifa ni perampas la,itu la..ada yg menjauhkan diri tak nak kwn dengan ifa lg pun ada..sedih sgt masa tu..kwn2 sekelas masa tu pun  mula ada yg mengusik "wei, Mat suka kat hang la.." tp ifa ignore je..dlm hati pikir takkan dia suka kat kita ni..klu suka xdela bergaduh memanjang kan..hang ketuk kepala aku, aku ketuk kepala hang..
Tp yg bestnya dgn mamat ni, setiap kali cuti skolah dia mesti call ifa..kdg2 bergayut berjam2 kat telefon (masa tu telefon umah je)..sehinggalah kami abis SPM thun 2001..last year dah ni, pasni masing2 bawa diri..kwn yg ifa mmg tak ingin nak lepaskan adalah si mamat ni..mamat ni budak berulang (x duk hostel)..masa ifa last day kat asrama dia dtg..ifa sempat pesan kat dia "hang jgn lupa kat aku tau"..
Lepas skolah pun mmg kami ada berhubung..dia tak penah lupa hantar kad raya kat ifa, birthday ifa dia mesti call semata2 nak wish..cuma lama kelamaan tu masing2 sebuk, akhirnya persahabatan kami diam gitu je..mungkin dia pun dah jmp seseorg yg lain..dlm masa tu pun ifa dah ada org lain
2010- kwn2 ckp nak buat reunion..Yesss, nilah masa yg aku tunggu2..terus ifa call dia tny nak join ke x, lama dia pikir baru dia setuju..ifa pegi reunion tu 1 kete dengan dia (destinasi reunion -PD-)..balik pada reunion tu ifa dah rasa lain..cara sms dia ke ifa pun dah lain..dia pernah mention yg ifa ni adalah kenangan terindah dia..ishhh, dia ni syok kat aku ke??terpikir2 time tu..haha


** ni gambar masa reunion..siap ada lirik lagu kenangan terindah lg **

Lbih kurang 2 mgu lepas reunion, dia luahkan isi hati dia kat ifa..dia kata dia memang suka ifa dari skolah lg..masa tu rasa jantung ni berdegup laju..biar betul mamat ni??berkali2 ifa tanya dia knp tak pernah bgtau dari dulu? knp mesti tgu 12 tahun baru nak luahkan? dia ckp 'aku dah bg hint byk kat hang dr zaman skolah dulu tp hang je buat2 tak paham..tp skang aku tekad nak bgtau sbb aku dah buat istikarah berkali2, hang jugak yg aku nmpak'..lepas tu, ifa lgsung tak contact dia..dia bg ruang ifa berfikir..dia ckp 'ambillah byk mana masa hang nak tp aku harap aku tak menangis bila dpt keputusan hang nanti'..ifa takut nak bg apa2 kptusan masa tu sbb taknak lukakan hati sesapa..masa tu dia pun dah berpunya, dan ifa sendri pun dah ada seseorg..cuma hubungan ifa dengan sesorg tu dah retak sedikit..bila keadaan jd camni, ifa tekad minta petunjuk dari Allah..istikarah cinta namanya..hehe..
Setelah Allah tunjukkan ifa pilihan yg tepat, maka ifa harus bersetuju dgn pilihanNYA..ifa memilih utk bersama dengan mamat ni..rupanya Allah dah temukan jodoh tu depan mata tp kami je yg tak pandai menilai..mungkin ketika itu juga Allah nak uji seteguh mana iman kami..



Haaa..inilah mamat yg ifa cite dari td..nama dia Muhammad Al-Widdani Bin Mokhtar..Akhirnya kami sah diijabkabul pada 01-08-2014 sebagai suami isteri..dialah imam yg Allah dtgkan tuk bimbing ifa..syukur pada Allah kerana anugerahkan ifa seorg lelaki yg baik, bertanggungjwb, penyayang..dialah suami, dialah sahabat ifa smpai bila2..inshaAllah, doakan moga hubungan kami berkekalan hingga ke syurga..dan dikurniakan zuriat yg soleh..Ameen!


p/s: cerita ni ifa ringkaskan supaya korang tak bosan baca..mekasih..jumpa next entri.. :)



Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Thursday, January 2, 2014

.::. Aku Dan Pengembaraan Upin Ipin .::.

Bismillah.. :)
Assalamualaikum

Bila dah msuk thun baru ni igtkan nak jd matang lah budak sorg ni..huhu
tp takpe lah kan..permulaan thun baru..
huwaaaa..tak ku sangka, mmg cpat thun berubah..
bln Jun nanti aku dah season 3..

story ptg 1.1.14
ptg td tolong kakngah kemas tadika.. 
lpas sapu + mop + cuci tgkap + ubah kedudukan perabot
keje seterusnya..pasang background
dah nama pun tadika, pilihannya mestilah yg bersesuaian dgn jiwa kanak
tujuan utama tuk tarik minat kanak2 ke sekolah
dah siap..aku lah org paling poyo yg nak ambil gmbar..hihi
jgn maraaa haaa...


Ada mcm Anjali dlm 'Kuch Kuch Hota Hai' tak..??
haha..perasan
*Kuch Kuch Hotak Hang*..
Lagi sesuwaii kot..hihi


senyum.. x perlu kata apa2
sbb aku tau aku mmg kiut..haha
*sapa yg nak puji klu bkn dri sendri kan..tuk ngelakkan riak


best2.. keje pun dah setel..
arghhhh lega
moh balik..rehat


Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Wednesday, January 1, 2014

.::. Selamat Jalan 2013, Selamat Datang 2014 .::.

Bismillah.. :)
Assalamualaikum


terasa cpt masa berlalu..

  • BUAT KELUARGA - Korang la yg terpenting dlm hidup aku..
  • BUAT SAHABAT - Jangan lupakan aku ye, bila suatu masa nanti kita terpisah..
  • BUAT KAWAN2 - Maaf ye klu aku ada silap dan salah, yg disengaja mahupun tak disengajakan..
  • BUAT MUSUH - Maaf bila selama ini aku selalu salah dimatamu..
  • BUAT YG SYG PD AKU - Aku juga sayang padamu..
  • BUAT ORG YG PERNAH MENYAKITI AKU - Terima kasih ye kerana sudah mengajar aku     bagaimana utk terus bersabar
  • BUAT YG TAK KENAL DGN AKU - Terima kasih sbb setia save aku dekat contact korang,   wlupun kekadang aku buat korang marah, suka update yg bukan-bukan.. 
Terima kasih korang sbb sudah ada dlm hidup aku, yg menjadikan tahun 2013 aku jadi ceria.
THANKS SEMUA..!



Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading