* POST POST LAIN *

Wednesday, March 8, 2017

.:: Testimoni VIVIX: 10 Tahun Penantian Isteri Disahkan Hamil ::.

Bismillah...
Assalamualaikum

Suami mana yang tidak gembira bila isterinya disahkan hamil setelah menunggu selama 10 tahun. Memang betul setiap daripada kita, rezeki anak berbeza-beza. Apapun, perancangan Allah itu adalah yang sebaik-baiknya. Hari ini, Ifa nak share satu story ni dengan korang semua. Isterinya hamil buat kali kedua setelah 10 tahun. 


[PENANTIAN HAMIL CAHAYA MATA KEDUA SELAMA 10 TAHUN BERAKHIR]

" Saya Daud Mohamad. Berumur 33 tahun, telah berkahwin 11 tahun yang lalu dan dikurniakan seorang anak kini berumur 10 tahun.


Setiap kali berjumpa dengan adik beradik dan saudara mara. Soalan yang pertama ditanya mesti soal anak. Bila lagi nak tambah anak? Takkan sorang je? Merancang ke?

Fuh sabar je lah yang tanya tu tak fikir langsung perasaan orang. Kesian kat isteri saya jadi stress bila orang tanya macam tu. Kadang-kadang yang tanya tu tak tengok batang hidung sendiri. Sebab ada yang tanya tu anak dia sendiri dah lama kahwin tapi masih belum dikurniakan anak. Emm tak tau nak cakap apa kan.

Jawapan yang biasa saya berikan “belum ada rezeki lagi dan Allah sebaik-baik perancang”. Saya dan isteri dah buat pemeriksaan doktor masing-masing tiada masalah.

Sebelum ni isteri makan produk Shaklee tak konsisten. Alhamdulillah sejak saya suruh wife minum Vivix konsisten selama sebulan lebih dan saya juga turut minum sekali. Akhirnya wife saya berjaya hamil setelah 10 tahun menunggu. Masa wife kata period tak datang lagi terus dia suruh saya beli pregnancy test. Alhamdulillah positif asbab minum Vivix dan semuanya dengan Izin Allah juga.

Berkat kesabaran dan doa yang tak pernah putus. InsyaAllah kami bakal menimang cahaya mata yang kedua pada bulan Julai 2017 nanti. Kini kandungan isteri saya dah 4 bulan lebih. Moga segalanya dipermudahkan.

Bagi mereka yang belum dikurniakan anak. Cubalah Vivix sebagai ikhtiar. Vivix ni berfungsi untuk memperbaiki sel-sel tubuh kita yang rosak akibat dari pemakanan yang tak seimbang, radikal bebas dan gaya hidup yang tidak sihat. InsyaAllah apabila sel-sel tubuh kita elok, kesihatan kita bertambah baik. Dan pengambilan Vivix dapat membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh. InsyaAllah.

Alhamdulillah. Inilah Shaklee Effect saya.


Pembaca blog Ifa sekiranya memang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata..teruskan ikhtiar.
Hubungi Ifa kat kalau nak mencuba dengan Vivix dan Set Kesuburan Shaklee.


WhatsApp: 017-5987245
FB: Ifa Omar
Blog: http://daisyisland.blogspot.com
Insta: ifaomar
COD: Pulau Pangkor, Taiping
Poslaju: Seluruh Malaysia


Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Thursday, January 12, 2017

.:: Ikan Bilis Masak Asam ::.

Bismillahirrahmanirrahim.. 
Assalamualaikum.. 

Tekak ifa ni sebenarnya dah lama nak makan ikan bilis..tp kalau asyik ulang menu yang sama pun tak best jugak kan..asyik² *sambal tumis ikan bilis *ikan bilis goreng rangup *kerabu ikan bilis
Apakata hari ni kita pelbagaikan lagi menu dari ikan bilis ni..Ohh, sebelum tu nak share sikit info pasal ikan bilis ni..baca tau

Ikan bilis kaya dengan Vitamin A..semua orang tahu vitamin A ni penting dalam penglihatan, pertumbuhan tulang..di samping membantu mengawal sistem imun
1 hidangan ikan bilis 100g kira-kira 50,000 IU Vitamin A
Ikan bilis ni kaya dengan sumber kalsium tau..Kalsium adalah penting untuk membentuk tulang dan gigi yang sihat
1 hidangan 100g ikan bilis boleh menyediakan sehingga 147mg kalsium
Bagi yang on diet, nak tambahkan kalium dalam diet korang, ikan bilis merupakan pilihan yang paling sesuai.. Kalium penting utk fungsi jantung dan memainkan peranan penting dalam pengecutan otot rangka dan licin, menjadikan ia sangat penting untuk pencernaan normal.
1 hidangan mempunyai kira-kira 383mg kalium
Selain itu, ikan bilis juga kaya dengan selenium. Di mana selenium ini fungsinya adalah penyakit jantung dan saluran darah, termasuk stroke serta membantu mencegah kanser prostat, perut, paru-paru dan kulit.
Kira-kira 36mcg selenium setiap hidangan
OK, tu je info untuk ikan bilis..kita balik pada menu ye..menu ni ifa namakan Ikan Bilis Masak Asam..ataupun Masak Asam Ikan Bilis..terpulanglah nak letak nama pun apa ye..hehe
Bahan-bahan yang diperlukan tak susah pun..semua stok kat dapur je..ni bagi wanita yg bekerja, menu-menu simple camni la jd pilihan kan..mudah dan cepat

* Ikan bilis
* Ubi kentang (hiris nipis)
* 3 ulas bawang putih
* 1 labu bawang besar
* Air asam jawa (2-3 sudu besar)
* Garam (cukup rasa)
* Sedikit gula

1. Goreng ikan bilis dan kentang terlebih dahulu (digoreng berasingan)
2. Tumis bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat. Masukkan sedikit garam dan gula. 
3. Setelah mendidih masukkan bawang besar yg telah dihiris bulat.
4. Masukkan ikan bilis dan kentang. Gaul rata.

OK siap. Boleh ambik nasi..makan panas² sangatlah membuka selera.



Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading