* POST POST LAIN *

Showing posts with label jom masak. Show all posts
Showing posts with label jom masak. Show all posts

Thursday, September 27, 2018

.: Rendang Pedas Ikan Tongkol a.k.a. Ikan Kayu :.

Bismillahirrahmanirrahim.. :)
Assalamualaikum

Sapa pernah makan rendang pedas ikan tongkol a.k.a. ikan kayu ni? Angkat tangan..hehe
Selalu kita biasa dengar rendang ayam, rendang daging, rendang kerang dan seangkatannya lah..tp jarang nak dengar pasal rendang ikan kan..?

Okey, untuk hari ini Ifa nak kenalkan dengan rendang pedas ikan pulak..sesekali ubah selera kan..rendang pedas ikan tongkol ni kalau orang Perak tu dah tau sangat, memang feveret laaa..

Jom check apa bahan-bahan yang diperlukan utk resipi rendang pedas ikan tongkol Perak style ni..Wahhhh, kau! Takdelah style sangat tp klu rendang tu kan ada macam-macam..versi utara la, pantai timur la..Sabah Sarawak pun ada cara masing-masing.. 

************


Rendang Pedas Ikan Tongkol

Bahan-bahan:

Seekor ikan tongkol (potong ikut saiz yg disukai dan bersihkan)
1 cawan pati santan
1 cawan air (klu nak berkuah, lebihkan sedikit)
Daun kunyit (hiris halus)
Kerisik
Asam gelugur
Gula melaka
Garam
Sedikit minyak utk tumis

Bahan untuk dikisar:
5 ulas bawang besar (nak lebih pun boleh)
Lengkuas
Halia
3 batang serai (hiris supaya mudah dikisar)
Kunyit hidup
15 tangkai cabai kering (nak pedas boleh lebihkan)
8 biji cili api

Cara memasak:

Ifa goreng dulu ikan tongkol tu separuh masak..(ni cara Ifa, klu taknak goreng pun takde masalah)

* Panaskan minyak dengan api sederhana, setelah itu tumiskan bahan kisar sehingga naik bau..
(Ohh, klu ikan tu tak goreng dulu, masukkan sekali bersama bahan-bahan kisar ye)

* Kemudian masukkan santan dan kerisik, biarkan sampai pecah minyak..(rajin-rajinkan tangan kacau, bukan apa takut hangus plak..nanti lain rasanya..hehe)

* Bila dah pecah minyak, bolehlah masukkan air, asam keping dan perasakan dengan garam dan gula.

* Akhir sekali masukkan ikan yg siap digoreng separuh masak tadi..taburkan daun kunyit..siap!

Tips:
Untuk nikmati rendang yang enak, pastikan rasa manis tidak mengatasi rasa masin ye..sbb itulah Ifa suka gunakan gula melaka.. rendang yang sedap mesti seimbang rasa masin, pedas, lemaknya..tp jangan terlebih masam pulak ye (habis potong semua rasa)

Wahhh, rendang ikan tongkol dah siap..bolehlah menjamu selera. Kalau kena gayanya ni mau bertambah nasi..hehe

Sejujurnya Ifa ni bukanlah pandai memasak pun..tp suka mencuba dan mengolah sedikit dari resipi asal..andai ada yang terkurang Ifa mohon maaf sebelumnya ye..nak terangkan lebih mendalam pun tak pandai, yg ada ni sekadar perkongsian ikhlas dari Ifa

Selamat Mencuba!



Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Sunday, June 7, 2015

.:: Cupcake Coklat ::.

Bismillah.. :)
Assalamualaikum

Ape kabar smua?? rindu ifa x?..hehe..perasan
hari ni ifa cuti..sebagai memanfaatkan waktu cuti ni..memang ifa duduk kat rumah jela..mengemas apa yg patut kan..hihi
tapi ada pulak si kecik ni (anak buah) yg ngayat ifa dgn ayat manis penuh kesiannya.."makteh, adik teringin la nak mkn cupcake coklat"..siap tnjuk gmbar lg plakk..pujuk ifa dgn muka yg penuh pengharapan tanpa rasa bersalahnya..
Aduhaiii anak..makteh mu yg comel ni bukanlah pandai nak buat bnd2 ni..huhu..tp utk tak kecilkan hati si kecik ni, ifa buat jugakk (dpt improve kan diri dlm bidang ni kan)..selak la mana2 resipi yg ada..asal jadi sudahlah..

ni la rupa cupcake coklat..by ifa

Nak resipi tak?? tp rasanya korang lg pakar kan.. Ahhh, tak kira nak bg gak resipi cara ifa ni.. ;)
dah jadi hasilnya, barulah rasa Ooo senangnya nak buat

OK, bahan2 yg diperlukan

Bahan A
3 biji telur
1 kotak kecil susu Dutch Lady perisa coklat
3/4 cawan minyak masak
1 cawan brown sugar
sedikit esen vanila

** kesemua bahan A blend or mixer

Bahan B
2 cawan tepung gandum
2 sudu mkn serbuk koko
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

** ayak kesemua bahan B

Caranya sgt mudah..
1. Campurkan bahan A dan bahan B..gaul sebati dan tidak berketul
2. Kemudian, bakar 15-20minit api atas bawah..180 C atau ikut oven masing2 ye

Selamat mencuba..hehe


Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Sunday, September 1, 2013

.::. Ketam Masak Lemak Cili Padi + Keledek .::.

Bismillah.. :)
Assalamualaikum

korang ape kabar? dah lunch? 
tengahari ni aku buat ' Ketam Masak Lomak Cili Padi + Keledek '
slalu aku gunakan kentang tp hari ni aku nak kan sedikt kelainan..
so, aku tukar guna keledek.. 
aku nak share resipi ni dlm versi cara aku..hehe * wlupun rmai yg pakar masak..

Bahan2 yg diperlukan 
5 ekor ketam * aku potong dua
10 biji cili padi * bg yg suka pedasss berapi - bleh tmbh lg 
1 biji keledek * dibahagi dua, 1 bhgn dipotong dadu
3 biji cabai muda * yg kaler ijau tu
2 inch kunyit hidup
2 labu bwg besar
5 ulas bwg putih
2 batang serai * ketuk2 je
1 helai daun kunyit
santan
sedikit minyak
garam secukupnya

siap smua bahan.. jom kita start masak
1. Kisar cili padi, cabai muda, kunyit hidup, bwg besar, bwg putih dan keledek yg tidak dipotong dadu td.
2. Panaskan minyak dlm periuk dan tumis kesemua bahan kisar td sehingga naik bau. Bila nmpk mcm dah  pecah minyak masukkan keledek yg dipotong dadu dan serai yg diketuk td.
3. Setelah keledek sedikit lembut masukkan santan. Tgu hingga mendidih, barulah msukkan ketam. Kemudian msukkan garam dan daun kunyit. Kacau2 ckit.
4. Siap tuk dihidangkan.


Yeaayyy siap.. jom mkn!



Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Saturday, August 31, 2013

.::. Dadih Cappuccino Flavour .::.

Bismillah.. :)
Assalamualaikum

Ehem2.. slamat hari merdeka ke-56 tuk semua rakyat Malaysia.. pg td telah brlangsung perarakan gilang gemilang.. tahniah pd yg menjayakan perarakan!! * rasa mcm aku plak yg ade antara pelajar2 skolah tu td.. hehe..
Tapi apa kene mengena merdeka ke-56 dgn tajuk entri aku kali nih??haaaa, nak tau jom baca..
sempena Malaysia merdeka kali ke-56 dan dlm usia 29 thun ni la 1st time aku buat dadih * malas atau tak pandai?. haaaa, pilihan ke-2 lebih tepat.. aku bkn seorg yg malas sbb aku mmg suka belajar memasak wlupun trpaksa tebal muka tnya resipi kat org.. * lalalala...
Sbb musabab yg aku kena buat dadih hari ini.. nak cite ke tak?? Hmmm..citelah tp jgn gelakkan aku ye..
semgu sblom merdeka adik aku ckp dia nak berniaga, time2 cuti camni mestilah ramai org..so, grab peluang yg ada.. diaorg jual makanan yg simple2 je..yg org akan cari tuk dibawa berkelah atau lps naik dr mnd laut.. mlm td adik aku minta tolong buatkan dadih.. dgn muka trkejut aku jwab * kak mana pandai buat dadih, gila hang.. adik aku tetap tak puas hati, dia ckp jnj ada rasa dadih dah la.. pg td, dgn seikhlas hati aku pun try jugak tuk jadikan ianya dadih yg sempurna dr segi rasanya, warnanya..
jgn tak tau aku buat dadih tgk resipi tau.. * kelakar kan.. org bujang lelaki lg terror kot dr aku..huhu
hasilnya, mak aku abiskan 1bekas, anak buah amik 1bekas..kira sedap la kan.. * poyo kan aku


siap dimasukkan ke dlm ice box..



Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Tuesday, July 31, 2012

.::. Masak Asam Sotong + Masak Merah Ikan Tenggiri.::.

Salam bersiaran kembali..buat smua reader blog nih..

Harapnya smua masih maintain menjalani ibadah puasa..Ramadhan pastinya menjanjikan sesuatu pengalaman baru tuk ditempuhi..Tahun ni tahun pertama aku n famili menyediakan juadah berbuka tuk org2 masjid (mksud aku bg sesapa yg brbuka kat masjid)..kebetulan ayah adalah imam kat msjid sini..sgala urusan org serahkan pd dia..so, bini dan anak2 dia lah yg jd 'mangsa'..huhu

Ni menu smlm..tarraaaaa!!
Mula aku pun pelik bila ayah suruh masak ni..jd 50% mmg bantuan dr ayah..rupanya senang je..cam msak asam biasa cuma ada ditmbh ckit je bahan lain..

** MASAK ASAM SOTONG **
Bahan2 :
3kg sotong (ikut bersesuaian)
10 ulas bawang - dihiris
1 paket asam jawa (ikut bersesuaian)
sedikit kicap manis
garam
daun sup 
daun bawang
cili merah
minyak

Cara memasak:
Panaskan minyak. Tumis bawang hingga naik bau. Masukkan jus perahan asam jawa, kicap. Setelah hampir mendidih barulah dimasukkan sotong (spy sotong tu x trlampau lembik..t x sdap). Kemudian msukkan garam. Lepas betul2 masak, perlahankan api dan msukkan daun sup, daun bawang dan cili (tuk dijadikan sbg hiasan pun bleh)..dah siap!!


Yg ni plak 1 lg menu tuk smlm..100% resipi dr ayah

** MASAK MERAH IKAN TENGGIRI **
Bahan2 :
Ikan tenggiri (ikut brsesuaian)
Cili kering
3 ulas bawang besar
20 ulas bawang merah
10 ulas bawang putih - ditumbuk
3 batang serai - dititik
kicap manis
asam jawa (jus nya)
garam
minyak

Cara Memasak :
Ciling kering, bawang besar dan bawang merah digoreng hingga garing. Apabila sejuk barulah dikisar / digiling. Panaskan minyak. Tumis bawang putih yg telah ditumbuk td hingga naik bau. Setelah itu msukkan cili yg telah dikisar, kacau hingga pecah minyak. Msukkan serai. Biarkan bebrp minit, barulah msukkan jus perahan asam jawa, kicap. Msukkan ikan tenggiri, garam dan kacau perlahan2 (spy ikan tu x hancur). Biarkan ia mendidih dan boleh la dihidang..


Yg ni plak adalah kanji..menu wajib tiap2 kali menjelangnya Ramadhan. Klu kat tmpat lain popular ngan bubur lambuknya tp kat Pulau Pangkor ini trkenal ngan kanjinya. Dah brthun2 mak dpt 'tender'. Kitorang masak kat masjid. Mak aku siapkan bahan2 kat umah. Slalunya pas solat Zuhur baru kami akan memulakan tugas di masjid. Apa yg sronoknya aku perhatikan tiap2 thun adalah gelagat org2 yg dtg nak amik kanji ni..kdg2 tu blom smpat msak dah order..apapun, terima kasih sbb masih meminati kanji ni..yg mana xdpt tu lain kali dtg awai..xpun tglkan je bekas ke apa ke..t dah masak kami akan sendukkan..


Ini sj tuk kali ni..gmbar2 tu agak x menarik sbb aku snap masa masih dlm periuk bsar yg kami gunakan tuk memasak..huhu..lokasi memasak kat bangsal belah belakang masjid.

p/s : slamat berbuka puasa..syukuri ngan apa jua nikmat ALLAH..



Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading