* POST POST LAIN *

Sunday, May 21, 2017

.:: Tanda-tanda Kolesterol Tinggi Dalam Badan ::.

 Bismillah.. :)
Assalamualaikum

Zaman sekarang, gemuk atau kurus, tua atau muda bukan ukuran untuk kita jadikan alasan badan kita tidak disinggahi kolesterol. Sebenarnya kolesterol juga memang diperlukan oleh badan. Tetapi kita cuma perlukan kolesterol yang baik, yang jahat tu kena kasi 'kick' dari badan..

Mesti semua nak tau kan adakah badan kita mengalami kolesterol yang tinggi atau tidak. Tanda-tanda kolesterol tinggi dalam badan ni secara umumnya terlalu banyak. Tapi kat sini Ifa cuma nak kongsikan beberapa sahaja kerana ini yg biasa terjadi dan senang untuk dikenalpasti.

* TANDA-TANDA KOLESTEROL TINGGI DALAM BADAN *


1. Nyeri Pada Kaki (semut-semut)
Gejala umum akibat kolesterol tinggi ialah rasa nyeri pada bahagian kaki atau mungkin rasa tidak selesa di bahagian kaki. Hal ini terjadi disebabkan oleh arteri tersumbat sehingga aliran darah yang sepatutnya masuk ke kaki terbantut. 

2. Kejang Pada Malam Hari
Menurut Dr. Darren B. Schneider, seseorang yang mempunyai kolesterol yang tinggi akan merasakan kejang di bahagian tumit, jemari kaki atau kaki bahagian bawah. Rasa sakit akan hilang jika kedudukan kaki berada lebih tinggi dari kedudukan badan.

3. Kuku Dan Kulit Berubah
Akibat peredaran darah terganggu, kuku tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi. Akan berlaku perubahan seperti kuku menebal dan tumbuh lebih lambat selepas dipotong.
Pada awalnya, kaki akan berwarna putih kerana aliran darah terganggu. Tapi, lama kelamaan akan berubah menjadi kemerahan atau keunguan sebab pembulu darah melebar dan darah mula teralir ke kaki. Dr. Schneider mengatakan jari-jari kaki menjadi pucat ketika duduk kerana kurangnya peredaran darah.

4. Kaki Menjadi Sejuk
Tanda ini tidak boleh menentukan secara pasti, kerana ada sesetengah orang sering merasakan kedua kakinya sejuk apabila disentuh walaupun bukan sedang sakit (faktor cuaca kawasan tempat tinggal)
Tetapi, Dr. Schneider menyeru supaya lebih berhati-hati apabila rasa sejuk hanya terdapat di sebelah kaki saja. Kemungkinan itu tanda jumlah lipid dalam darah berlebihan.

5. Proses Pemulihan Luka Yang Lambat
Tanda kolesterol ini berkaitan dengan ciri-ciri pesakit diabetes. Luka (terutama bahagian kaki) akan lambat sembuh. Gangguan edaran darah menjadi penyebab lambat pulih. 

6. Mati Rasa Kebas
Seseorang pernah mengeluh bahawa beberapa jari tangannya mengali kebas-kebas. Dia menganggap hal tersebut ada kaitan dengan penyakit gout. Tetapi, setelah mendapatkan rawatan doktor, ternyata rasa kebas tersebut adalah kesan gejala kolesterol tinggi.

7. Cirit Birit
Tubuh mempunyai keupayaan menyerap satu pertiga keperluan kolesterol daripada makanan yang dimakan. Secara semulajadi, hati dapat menghasilkan kolesterol sesuai dengan keperluan tubuh tetapi pada keadaan tertentu hati tidak mampu mengenali keperluan tersebut sehingga mengalami masalah dalam memetabolismekan lemak. Pada keadaan di mana badan tidak mampu memetabolismekan lemak secara sempurna, akan berpotensi menimbulkan masalah dalam sistem pencernaan dan penyerapan, sehingga terjadi cirit birit yg berlebihan.

8. Gangguan Otak, Emosi Dan Kurang Daya Ingatan
Otak adalah bahagian penyimpanan kolesterol yang paling banyak, kira-kira 25%. Oleh sebab itu, kegagalan proses metabolisme lemak membuat pengeluaran kolesterol darah terganggu. Apabila kadar kolesterol LDL lebih tinggi daripada kolesterol HDL, otak akan menerima kesan seperti kurang daya ingatan, mudah emosi dan mencetuskan penyakit Alzheimer.


9. Perut Kembung
Kerana berlaku masalah ketika mencerna makanan dan memetabolisme lemak, saluran pencernaan akan menyimpan lebihan gas yang terbantut di ruangan usus yang menghala keluar dari perut. Dari situlah mula timbul masalah perut kembung dan sakit dada.

Jika kalian mengalami tanda-tanda seperti ini, cepat-cepat berkunjung ke hospital. Buat pemeriksaan untuk menyemak bacaan kolesterol dalam darah. 


Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

3 comments:

Assalamualaikum..
Tinggalkan komen korang kat sini ye
Mekasih..!!