* POST POST LAIN *

Tuesday, May 31, 2016

.:: Hamil Dengan Set Kesuburan Shaklee ::.

Bismillah.. :)
Assalamualaikum

Di sini, ifa nak kongsikan dengan semua pembaca blog daisyisland..pengalaman ifa sendiri setelah menggunakan produk shaklee..
Ramai yg kata produk shaklee menipu..dah pernah cuba ke? Memang sebelum mengenali shaklee ifa pun beranggapan begitu, tp alhamdulillah percaturan Allah tiada siapa yg tahu.. Allah dorongkan hati ifa ni utk yakin dengan produk ni..


TESTIMONI 28: LATIFAH BINTI OMAR

[ TIADA LAGI SINDIRAN SETELAH BERJAYA HAMIL ]


Hai..Saya Latifah Binti Omar, mesra disapa dengan panggilan Ifa. Berumur 32 tahun. Alhamdulillah saya diberi kesempatan untuk berkongsi testimoni saya kepada semua. Perkongsian testimoni sebenar saya ini bukan untuk menyentuh perasaan sesiapa tetapi untuk memberi semangat dan inspirasi buat pasangan yang masih menantikan kehadiran cahaya mata tidak kira yang baru atau yang dah lama berkahwin.

Sebelum saya bercerita dengan lebih lanjut, ingin saya nyatakan, kisah saya dengan Shaklee ni bermula dengan ESP dan Vitamin E. Kenapa?? Sebab saya tak nak wajah yang kusam ketika hari perkahwinan saya.. hehe.. Ternyata ianya berkesan. Alhamdulillah.

Saya dan suami diijabkabulkan pada 01 Ogos 2014. Diakui, memang saya mempunyai masalah period tidak teratur. Lebih-lebih lagi senggugut yang teruk setiap kali datangnya period. Masa sekolah dulu, kawan-kawan selalu cakap orang yang senggugut teruk ni susah nak mengandung. Hmmm… Saya macam telah di mindsetkan pula dengan kata-kata itu.

Tetapi selepas berkahwin saya cuba positifkan diri. Saya selalu bercakap dengan diri sendiri “aku boleh mengandung dan lahirkan zuriat untuk suami aku”. Memang rasa kelakar tapi itulah yang saya selalu buat. Usia pun dah 30an, saya memang berharap sangat untuk hasilkan ‘produk’ bersama suami secepat mungkin. Tempoh pernikahan kami dah sampai 4 bulan, tapi masih belum ada tanda2 saya hamil.

Lumrah apabila jadi seorang perempuan..bila umur kita dah jangkau 20an..orang keliling mula tanya “bila nak kawin??. Bila dah kawin, kena tanya lagi“ dah mengandung ke belum??”. Adoiiii…sedih nak bagi jawapan... Perasaan sedih dan rasa tak mampu untuk bagi kebahagiaan pada suami mula terdetik dalam diri. 


Keadaan yang sama turut rasa tempias di pihak suami. Ini buatkan diri saya jadi tertekan. Tak cukup dengan itu, ada pula mulut-mulut puaka yang menyindir “Ehh, dia sendiri agen Shaklee pun tak mengandung lagi, macamana boleh jual produk kesuburan dengan orang lain..” Arghh!!.. Perit rasanya hati, sering dalam tangisan saya ngadu pada suami. Tapi sentiasa disuruh bersabar dan terus memberi semangat dan dorongan pada saya.

Setelah berbincang dengan suami, dan mendapatkan tips dari kawan suami yang merupakan seorang doktor selain pandangan daripada senior SID, saya dan suami sepakat untuk berikhtiar dengan Set Lengkap Kesuburan Shaklee dengan harapan dapat “repair & set” semula masalah kesuburan dari dalaman.

Saya amalkan GLA Complex, B-Complex, Alfalfa dan ESP yang berfungsi untuk mengatur semula kitaran haid, melegakan simptom senggugut dan menguatkan rahim untuk menerima janin. Manakala suami saya pula amalkan Vitamin E dan Zinc Complex untuk kesihatan prostat yang lebih sihat dan penghasilan sperma yang banyak dan berkualiti.


Alhamdulillah, berkat kesabaran, usaha, ikhtiar dan tawakal tanpa jemu.. akhirnya saya disahkan hamil. Penantian 1 tahun 5 bulan itu cukup lama tapi sangat-sangat bermakna buat kami. Terima kasih Allah atas anugerahMu ini. Saya tidak kisah berbotol-botol pun set kesuburan itu saya perlu konsisten demi anugerah terindah ini.

Sekarang, kandungan saya dah berusia 6 bulan dan saya masih meneruskan dengan set kehamilan Shaklee. Yang bestnya tentang Shaklee ni, ada produk yang kita boleh start ambil dari sebelum hamil, continue ketika sedang hamil dan terus diambil masa berpantang. Sangat-sangat jimat dan berbaloi.

Kepada pasangan-pasangan di luar sana, jangan berhenti berharap. Yang penting teruskan berusaha,jom berikhtiar dengan set Shaklee dan tawakal tanpa jemu. Sesungguhnya Allah itu Maha Memberi. Tiada yang mustahil dengan izinNya. In Sha Allah, saya doakan untuk semua. Sekian.


Ini adalah kisah benar ifa..tak sanggup lg dihentam org sekeliling..hina sangat ke seorang perempuan yg dah berkahwin tapi belum dikurniakan rezeki anak?? Soal anak ianya dari Allah..bukan boleh ditiup, dihembus ke dalam rahim wanita, terus ada gitu..

Ifa kongsikan pengalaman ini supaya yang di luar sana yang mengalami masalah yang sama tidak akan berputus asa.. Kita usaha, ikhtiar, doa dan tawakal..

Yang terbuka hati nak ikhtiar dengan set kesuburan shaklee, boleh hubungi ifa di 017-5987245


Untuk tips dan konsultasi PERCUMA, harga istimewa..hubungi ifa

FB: Ifa Omar
Call/Inbox: 017-5987245
Blog: http://daisyisland.blogspot.com
COD: Pulau Pangkor, Taiping
Poslaju: Seluruh Malaysia


Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Wednesday, December 2, 2015

.:: Cameron Highlands, Pahang ::.

Bismillah.. :)
Assalamualaikum

#throwback..

Hai korangggg..asal masuk je blog mesti kena kasi cuci ini sawang dulu..Al-maklum rajin bebeno updatenya..#throwback..mestilah kisah ni dah berlaku lama..dan pastinya ifa baru nak masuk entri..huhu

Peristiwa: Family Day Staff Library Zon 8, Perak
Tarikh: 9hb - 10hb November 2015
Tempat: Cameron Highlands, Pahang
Penginapan: Apartmen Desa Anthurium, Tanah Rata

Hmmm..Cameron Highlands memang tempat yg sgt menarik utk bercuti..kawasan tanah tinggi yg sgt terkenal dgn tanaman teh dan strawberi..sbb tulah Cameron Highlands menjadi destinasi pilihan kami utk buat family day kali ni..Xdelah jauh sgt..kedudukannya di antara Perak dan Pahang je pun..
Berkonvoi 9 buah kereta..tempat berkumpul, Petronas Simpang Pulai..dah naik smpai Kg.Raja terasa dah kesejukan..nyaman je 

Niat memula, kami nak singgah mana2 tempat sebelum pegi check in kat Desa Anthurium..penginapan kami kat Tanah Rata..alang-alang dah naik dr Simpang Pulai akan tempuh Kg.Raja, Tringkap tp disebabkan kami pegi tu cuti umum, maka susahlah nak dpt parking..singgah yg mana dan je dulu..semua destinasi bersambung ke hari ke2..

Butterfly Garden, Cameron Highlands
Ambil peluang ber'honeymoon' ntah kali ke berapa..hehe..Oh ye, nak masuk ke Butterfly Garden ni caj dikenakan sebanyak RM5 utk dewasa dan RM2 utk kanak-kanak..enjoyyyy!!

Wefie time..haha

Kami sebenarnya memang gila-gila..tengok jela aksi2 bergambar tu..semua pantang jumpa camera..berebut-rebut nak ambik port supaya muka memasing dpt masuk dlm gambar..kelakar kan??sebenarnya banyak lg aksi2 kegilaan kami..tp cukuplah letak yg ni je ye..malu kat orang..hehe

Antara tarikan kat Cameron Highlands ni adalah Lavender Farm dan MARDI..nak masuk MARDI caj dikenakan sebanyak RM3 utk dewasa..Lavender Farm plak caj sebanyak RM6 utk dewasa dan RM4 utk kanak-kanak 5thun ke atas..


Dan tarikan yg paling bestttt ladang teh nya yang  terbentang luas..saujana mata memandang..Subhanallah sgt2 indah..byk lg tempat menarik kat Cameron Highlands ni..tak abis pusing dlm masa sehari

Percutian dlm Malaysia pun best apa..support pelancongan Malaysia kita..ok bye
Gudnite smua, sweet dreams


Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading