* POST POST LAIN *

Saturday, August 24, 2013

.::. Kisah Si Rumput .::.

Bismillah.. :)
Assalamualaikum


Tatkala bosan ni aku teringat pd 1 cerita.. "Kisah Si Rumput".. mgkin antara korang ada yg tau tentang cerita ni *tak kira aku nak cerita gak..hehe

Pada suatu pg di sebuah sekolah menengah, ada seorg pelajar brtnya pd gurunya yg sedang mengajar. Ketika itu, guru trsebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am..

Pelajar : Cikgu, macamana kita nak pilih seseorg yg terbaik sebagai org paling kita sayang? Macamana juga kasih sayang itu nak brkekalan?

Cikgu : Oh, awk nak tahu ke? Emmm..baiklah, sekarang kamu buat apa yg saya suruh. Ikut je ye...mgkin kamu akan dpt apa jwpannya.

Pelajar : Baiklah..apa yg saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang skolah yg berada di luar kelas skang juga. Kamu brjalan di atas rumput di situ dan smbil memndang rumput di depan kamu, pilih yg PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lg wlupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yg PALING cantik yg berada di depan kamu trsebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yg cikgu suruh.

Apabila pelajar trsebut balik smula ke kelas, tiada pun rumput yg berada ditangannya. Maka cikgu pun brtnya kepada pelajar trsebut.


Cikgu : Mana rumput yg cikgu suruh petik?


Pelajar : Oh, td saya brjalan di atas rumput dan smbil memndang rumput yg berada di situ, sy carilah rumput yg paling cantik. Memang ada byk yg cantik tp cikgu kata petik yg paling cantik maka saya pun terus brjln ke depan smbil mencari yg paling cantik tanpa menoleh ke belakang lg. Tp smpai di pghujung padang, sy tak jumpa pun yg paling cantik. Mgkin ada di antara yg di belakang saya sebelum itu tp dah cikgu ckp tak boleh menoleh ke belakang semula, jd tiadalah rumput yg saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya.

Maknanya, apabila kita telah brjmpa dgn seseorg yg kita sayang, jgnlah kita hendak mencari lg yg lbih baik drpd itu. Kita patut hargai org yg berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lg kerana yg brlaku tetap dah brlaku. Dan semoga yg brlaku tidak lg berulang. Jika kita brselisih faham dgn org yg kita sayang itu, kita boleh prbetulkan keadaan dan cuba teruskan prhubungan trsebut wlupun byk prkara yg menggugat prhubungan trsebut. Dan ingatlah org yg kita sayang itulah kita jmpa paling cantik dan paling baik pd MULAnya wlupun nak ikutkan byk lg yg cantik dan baik seperti rumput td. KECUALILAH jika prhubungan trsebut tak boleh diselamatkan lg, maka barulah kita mulakan sekali lg. Maka sayangilah org yg berada di dpn kita dgn tulus dan ikhlas.


1 comment:

Assalamualaikum..
Tinggalkan komen korang kat sini ye
Mekasih..!!