* POST POST LAIN *

Sunday, May 21, 2017

.:: Tanda-tanda Kolesterol Tinggi Dalam Badan ::.

 Bismillah.. :)
Assalamualaikum

Zaman sekarang, gemuk atau kurus, tua atau muda bukan ukuran untuk kita jadikan alasan badan kita tidak disinggahi kolesterol. Sebenarnya kolesterol juga memang diperlukan oleh badan. Tetapi kita cuma perlukan kolesterol yang baik, yang jahat tu kena kasi 'kick' dari badan..

Mesti semua nak tau kan adakah badan kita mengalami kolesterol yang tinggi atau tidak. Tanda-tanda kolesterol tinggi dalam badan ni secara umumnya terlalu banyak. Tapi kat sini Ifa cuma nak kongsikan beberapa sahaja kerana ini yg biasa terjadi dan senang untuk dikenalpasti.

* TANDA-TANDA KOLESTEROL TINGGI DALAM BADAN *


1. Nyeri Pada Kaki (semut-semut)
Gejala umum akibat kolesterol tinggi ialah rasa nyeri pada bahagian kaki atau mungkin rasa tidak selesa di bahagian kaki. Hal ini terjadi disebabkan oleh arteri tersumbat sehingga aliran darah yang sepatutnya masuk ke kaki terbantut. 

2. Kejang Pada Malam Hari
Menurut Dr. Darren B. Schneider, seseorang yang mempunyai kolesterol yang tinggi akan merasakan kejang di bahagian tumit, jemari kaki atau kaki bahagian bawah. Rasa sakit akan hilang jika kedudukan kaki berada lebih tinggi dari kedudukan badan.

3. Kuku Dan Kulit Berubah
Akibat peredaran darah terganggu, kuku tidak mendapat bekalan darah yang mencukupi. Akan berlaku perubahan seperti kuku menebal dan tumbuh lebih lambat selepas dipotong.
Pada awalnya, kaki akan berwarna putih kerana aliran darah terganggu. Tapi, lama kelamaan akan berubah menjadi kemerahan atau keunguan sebab pembulu darah melebar dan darah mula teralir ke kaki. Dr. Schneider mengatakan jari-jari kaki menjadi pucat ketika duduk kerana kurangnya peredaran darah.

4. Kaki Menjadi Sejuk
Tanda ini tidak boleh menentukan secara pasti, kerana ada sesetengah orang sering merasakan kedua kakinya sejuk apabila disentuh walaupun bukan sedang sakit (faktor cuaca kawasan tempat tinggal)
Tetapi, Dr. Schneider menyeru supaya lebih berhati-hati apabila rasa sejuk hanya terdapat di sebelah kaki saja. Kemungkinan itu tanda jumlah lipid dalam darah berlebihan.

5. Proses Pemulihan Luka Yang Lambat
Tanda kolesterol ini berkaitan dengan ciri-ciri pesakit diabetes. Luka (terutama bahagian kaki) akan lambat sembuh. Gangguan edaran darah menjadi penyebab lambat pulih. 

6. Mati Rasa Kebas
Seseorang pernah mengeluh bahawa beberapa jari tangannya mengali kebas-kebas. Dia menganggap hal tersebut ada kaitan dengan penyakit gout. Tetapi, setelah mendapatkan rawatan doktor, ternyata rasa kebas tersebut adalah kesan gejala kolesterol tinggi.

7. Cirit Birit
Tubuh mempunyai keupayaan menyerap satu pertiga keperluan kolesterol daripada makanan yang dimakan. Secara semulajadi, hati dapat menghasilkan kolesterol sesuai dengan keperluan tubuh tetapi pada keadaan tertentu hati tidak mampu mengenali keperluan tersebut sehingga mengalami masalah dalam memetabolismekan lemak. Pada keadaan di mana badan tidak mampu memetabolismekan lemak secara sempurna, akan berpotensi menimbulkan masalah dalam sistem pencernaan dan penyerapan, sehingga terjadi cirit birit yg berlebihan.

8. Gangguan Otak, Emosi Dan Kurang Daya Ingatan
Otak adalah bahagian penyimpanan kolesterol yang paling banyak, kira-kira 25%. Oleh sebab itu, kegagalan proses metabolisme lemak membuat pengeluaran kolesterol darah terganggu. Apabila kadar kolesterol LDL lebih tinggi daripada kolesterol HDL, otak akan menerima kesan seperti kurang daya ingatan, mudah emosi dan mencetuskan penyakit Alzheimer.


9. Perut Kembung
Kerana berlaku masalah ketika mencerna makanan dan memetabolisme lemak, saluran pencernaan akan menyimpan lebihan gas yang terbantut di ruangan usus yang menghala keluar dari perut. Dari situlah mula timbul masalah perut kembung dan sakit dada.

Jika kalian mengalami tanda-tanda seperti ini, cepat-cepat berkunjung ke hospital. Buat pemeriksaan untuk menyemak bacaan kolesterol dalam darah. 


Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

.:: Cendol Durian Pulau ::.

Bismillah.. :)
Assalamualaikum

Jalan-jalan cari makan kali ni membawa Ifa ke sebuah kedai yg diberi nama Cendol Durian Pulau. Ifa tak pasti kenapa owner kedai tu pilih nama ni, mungkin sbb kedudukan kedainya seberang dengan Pulau Pangkor atau durian tu berasal dari tempat yg bernama pulau..hehe

Okeh, kedai ini terletak di stesyen bas Lumut, Perak. Kira Ifa bernasib baik dapat merasa cendol ni. Masa buat order tu dia kata cendol durian dah habis, yang ada cendol special, cendol biasa..Ohoiiii sadis..tapi kalau dah namanya rezeki, abang kedai tu kata ada semangkuk lg..Alhamdulillah
Dapatlah cendol durian semangkuk, cendol special semangkuk..

Rasa dia boleh tahan..kira Ifa boleh rekomen lagi kat korang semua..sejuk je masuk kat anak tekak ni kan..Ohh, terlupa..selain cendol, kat sini ada laksa. Tapi Ifa tak order laksa aritu sbb perut masih kekenyangan. So, klu korang datang jalan-jalan kat Lumut jangan lupa singgah okey..tapi kena cepatlah, risau durian habis..haaaaaa, korang order jela cendol lain


Cendol durian semangkuk RM10


Nampak tak Aysara mama pun teruja nak makan durian..nyumm nyummm



Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Wednesday, March 8, 2017

.:: Testimoni VIVIX: 10 Tahun Penantian Isteri Disahkan Hamil ::.

Bismillah...
Assalamualaikum

Suami mana yang tidak gembira bila isterinya disahkan hamil setelah menunggu selama 10 tahun. Memang betul setiap daripada kita, rezeki anak berbeza-beza. Apapun, perancangan Allah itu adalah yang sebaik-baiknya. Hari ini, Ifa nak share satu story ni dengan korang semua. Isterinya hamil buat kali kedua setelah 10 tahun. 


[PENANTIAN HAMIL CAHAYA MATA KEDUA SELAMA 10 TAHUN BERAKHIR]

" Saya Daud Mohamad. Berumur 33 tahun, telah berkahwin 11 tahun yang lalu dan dikurniakan seorang anak kini berumur 10 tahun.


Setiap kali berjumpa dengan adik beradik dan saudara mara. Soalan yang pertama ditanya mesti soal anak. Bila lagi nak tambah anak? Takkan sorang je? Merancang ke?

Fuh sabar je lah yang tanya tu tak fikir langsung perasaan orang. Kesian kat isteri saya jadi stress bila orang tanya macam tu. Kadang-kadang yang tanya tu tak tengok batang hidung sendiri. Sebab ada yang tanya tu anak dia sendiri dah lama kahwin tapi masih belum dikurniakan anak. Emm tak tau nak cakap apa kan.

Jawapan yang biasa saya berikan “belum ada rezeki lagi dan Allah sebaik-baik perancang”. Saya dan isteri dah buat pemeriksaan doktor masing-masing tiada masalah.

Sebelum ni isteri makan produk Shaklee tak konsisten. Alhamdulillah sejak saya suruh wife minum Vivix konsisten selama sebulan lebih dan saya juga turut minum sekali. Akhirnya wife saya berjaya hamil setelah 10 tahun menunggu. Masa wife kata period tak datang lagi terus dia suruh saya beli pregnancy test. Alhamdulillah positif asbab minum Vivix dan semuanya dengan Izin Allah juga.

Berkat kesabaran dan doa yang tak pernah putus. InsyaAllah kami bakal menimang cahaya mata yang kedua pada bulan Julai 2017 nanti. Kini kandungan isteri saya dah 4 bulan lebih. Moga segalanya dipermudahkan.

Bagi mereka yang belum dikurniakan anak. Cubalah Vivix sebagai ikhtiar. Vivix ni berfungsi untuk memperbaiki sel-sel tubuh kita yang rosak akibat dari pemakanan yang tak seimbang, radikal bebas dan gaya hidup yang tidak sihat. InsyaAllah apabila sel-sel tubuh kita elok, kesihatan kita bertambah baik. Dan pengambilan Vivix dapat membantu meningkatkan kesihatan kita secara menyeluruh. InsyaAllah.

Alhamdulillah. Inilah Shaklee Effect saya.


Pembaca blog Ifa sekiranya memang sedang berusaha untuk mendapatkan cahaya mata..teruskan ikhtiar.
Hubungi Ifa kat kalau nak mencuba dengan Vivix dan Set Kesuburan Shaklee.


WhatsApp: 017-5987245
FB: Ifa Omar
Blog: http://daisyisland.blogspot.com
Insta: ifaomar
COD: Pulau Pangkor, Taiping
Poslaju: Seluruh Malaysia


Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading

Thursday, January 12, 2017

.:: Ikan Bilis Masak Asam ::.

Bismillahirrahmanirrahim.. 
Assalamualaikum.. 

Tekak ifa ni sebenarnya dah lama nak makan ikan bilis..tp kalau asyik ulang menu yang sama pun tak best jugak kan..asyik² *sambal tumis ikan bilis *ikan bilis goreng rangup *kerabu ikan bilis
Apakata hari ni kita pelbagaikan lagi menu dari ikan bilis ni..Ohh, sebelum tu nak share sikit info pasal ikan bilis ni..baca tau

Ikan bilis kaya dengan Vitamin A..semua orang tahu vitamin A ni penting dalam penglihatan, pertumbuhan tulang..di samping membantu mengawal sistem imun
1 hidangan ikan bilis 100g kira-kira 50,000 IU Vitamin A
Ikan bilis ni kaya dengan sumber kalsium tau..Kalsium adalah penting untuk membentuk tulang dan gigi yang sihat
1 hidangan 100g ikan bilis boleh menyediakan sehingga 147mg kalsium
Bagi yang on diet, nak tambahkan kalium dalam diet korang, ikan bilis merupakan pilihan yang paling sesuai.. Kalium penting utk fungsi jantung dan memainkan peranan penting dalam pengecutan otot rangka dan licin, menjadikan ia sangat penting untuk pencernaan normal.
1 hidangan mempunyai kira-kira 383mg kalium
Selain itu, ikan bilis juga kaya dengan selenium. Di mana selenium ini fungsinya adalah penyakit jantung dan saluran darah, termasuk stroke serta membantu mencegah kanser prostat, perut, paru-paru dan kulit.
Kira-kira 36mcg selenium setiap hidangan
OK, tu je info untuk ikan bilis..kita balik pada menu ye..menu ni ifa namakan Ikan Bilis Masak Asam..ataupun Masak Asam Ikan Bilis..terpulanglah nak letak nama pun apa ye..hehe
Bahan-bahan yang diperlukan tak susah pun..semua stok kat dapur je..ni bagi wanita yg bekerja, menu-menu simple camni la jd pilihan kan..mudah dan cepat

* Ikan bilis
* Ubi kentang (hiris nipis)
* 3 ulas bawang putih
* 1 labu bawang besar
* Air asam jawa (2-3 sudu besar)
* Garam (cukup rasa)
* Sedikit gula

1. Goreng ikan bilis dan kentang terlebih dahulu (digoreng berasingan)
2. Tumis bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan air asam jawa. Kacau hingga pekat. Masukkan sedikit garam dan gula. 
3. Setelah mendidih masukkan bawang besar yg telah dihiris bulat.
4. Masukkan ikan bilis dan kentang. Gaul rata.

OK siap. Boleh ambik nasi..makan panas² sangatlah membuka selera.



Life Is About Change Sometimes It's Beautiful Sometimes It's Painful Most Of The Time It's BOTH..Thanks For Reading